Permohonan Anugerah Biasiswa PNB 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa PNB 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda pelajar Lepasan SPM yang berkelayakan membuat permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB) tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa PNB 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 25 Mei 2024 sehingga tarikh tutup 7 Jun 2024 menerusi Portal Rasmi PNB. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PNB 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa PNB 2021 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Permodalan Nasional Berhad atau mudah dikenali sebagai PNB merupakan syarikat pengurusan dana utama Malaysia dengan aset di bawah pengurusan lebih RM279 bilion. Portfolio PNB meliputi pelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah. Salah satu biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB yang ditawarkan bagi pelajar yang layak. Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di universiti luar negara, tertakluk pada kelulusan PNB.


Permohonan Anugerah Biasiswa PNB 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa PNB termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2024 Online

1. Pemohon yang berkelayakan boleh memohon Anugerah Biasiswa Permodalan Nasional Berhad secara atas talian di pautan https://scholarship.pnb.com.my/scholarship/.

2. Kemudian, klik pada butang "Register". Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

3. Klik pada butang "Save & Next".

4. Seterusnya, login semula dengan menggunakan Username, Password dan Kod yang ditunjukkan. Klik pada butang "Sign In".

5. Lengkapkan butiran permohonan yang diperlukan dan hantar permohonan tersebut setelah semua maklumat siap diisi.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa PNB 2024

Antara syarat kelayakan permohonan biasiswa PNB adalah seperti berikut:

1. Minimum 8A (A+/A) dalam peperiksaan SPM/ IGCSE terkini
2. Minimum B2 dalam "The Common European Framework of Reference for Languages" (CEFR)

Permohonan Anugerah Biasiswa PNB 2024 Online (Semakan Keputusan)

Semakan Keputusan Anugerah Biasiswa PNB 2024 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Anugerah Biasiswa PNB, sila layari laman web PNB di https://www.pnb.com.my/.

PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Aras 91, Menara Merdeka 118,
Presint Merdeka 118,
50118 Kuala Lumpur

No. Tel: +03 - 2639 3118

Semoga perkongsian Permohonan Anugerah Biasiswa PNB tahun 2024 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PNB!

No comments

Powered by Blogger.