Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa KLK 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 Ogos 2023 sehingga tarikh tutup 6 Oktober 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad 2023 buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2021 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Yayasan KLK menawarkan biasiswa kepada pemohon yang telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia awam mahu pun swasta.


Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa KLK termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa KLK 2023 Online

1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.klk.com.my/wp-content/uploads/2020/06/YKLK-Scholarship-Application-Form-2020-21.06.20.pdf

2. Isikan borang tersebut dengan lengkap dan betul.

3. Imbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada yayasan@klk.com.my; atau

4. Poskan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:

Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,

Kuala Lumpur Kepong Berhad,

Wisma Taiko, No 1,

Jalan S.P Seenivasagam,

30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan


Syarat Kelayakan Biasiswa KLK 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa KLK adalah seperti berikut:

1. Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

2. Mestilah warganegara Malaysia. 

3. Kelayakan akademik yang baik (STPM, A-Level atau kelayakan setara minimum 2A / Foundation (asasi)-CGPA minimum 3.5). 

4. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, sama ada bertulis atau lisan

5. Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum. 

6. Telah menerima tawaran kemasukan ke UA/IPTS 

7. Tidak terikat, memegang apa-apa biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi lain

8. Bersedia untuk berkhidmat dengan bon ikatan 3 tahun dengan KLK di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.


Jumlah Tajaan

Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan menerima pembiayaan tahunan seperti berikut:

Ijazah Institusi Awam - RM 10,000 setiap tahun akademik 

Ijazah Institusi Swasta - RM17,000 setiap tahun akademik


Bidang Pengajian Yang Ditaja

- Agriculture Science, Forestry, Environmental or related disciplines

- Sciences (Chemistry, Biotechnology)

- Engineering (Civil, Chemical, Mechanical, Electrical and Instrumentation)

- Accountancy

- Information Technology

- Real Estate Management

- Horticulture and Landscape


Semakan Keputusan Biasiswa KLK 2023 Online

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong (KLK) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa KLK, sila hubungi pihak KLK di http://www.klk.com.my/contact-us/email-us/

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad tahun 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.