Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Dermasiswa Yayasan Perak tahun 2022 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) sehingga tarikh tutup 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT. Berikut dikongsikan Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Dermasiswa Yayasan Perak merupakan bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara. Biasiswa ini diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan keputusan:
Cara Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 Online
1. Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara secara ONLINE.
* Borang Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
* Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh disemak seperti senarai di bawah:-
MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH (DALAM NEGARA)
Syarat Kelayakan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 (Dalam Negara)
1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
Syarat Kelayakan Dermasiswa Yayasan Perak 2022 (Luar Negara)
1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.
2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.
4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
Dokumen Yang Diperlukan
1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).
2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)
3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).
4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.
5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).
6. Borang Permohonan:
a) Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.
Semakan Keputusan Dermasiswa Yayasan Perak 2022
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Dermasiswa Yayasan Perak, sila hubungi di talian 05 - 2552929
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000, Ipoh Perak.
Semoga perkongsian Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak tahun 2022 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa Yayasan Perak!
Post a Comment