Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan iBita Penang tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat membuat permohonan iBita Negeri Pulau Pinang tahun 2024 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan iBita Pulau Pinang 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 Julai 2024 sehingga tarikh tutup 31 Julai 2024 menerusi Laman Web iBita Penang. Berikut dikongsikan Permohonan iBita Penang 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi atau iBita bagi anak-anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang. Matlamat pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk menanggung kemasukan anak mereka ke IPT. Bagi pelajar yang menerima surat tawaran ke IPT bermula pada bulan Oktober 2023 hingga Julai 2024 boleh mengisi borang permohonan dalam talian tersebut.

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan iBita Pulau Pinang termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Jumlah Bantuan iBita Pulau Pinang 2024 (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)

🔷Universiti di Semenanjung: RM 1,000
🔷Universiti Sabah/Sarawak: RM 1,200
🔷Politeknik Malaysia: RM 300


Syarat Kelayakan Permohonan iBita Pulau Pinang

Antara Syarat Kelayakan Permohonan iBita Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

1. Pendapatan isi rumah (gaji pokok sahaja termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.

2. Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.

3. Pelajar hanya layak ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja yang layak memohon.

4. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajaran.


Cara Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online

1. Layari Laman Web i-Bita secara online menerusi pautan di https://ibita.penang.gov.my/

2. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan / Pendaftaran Online. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian.

3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.

Info Penting:

*Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
*Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
*Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.
*Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.
*Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
*Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang disenaraikan di atas sahaja yang layak memohon.

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semakan Status)

Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

- Salinan surat tawaran ke IPT.
- Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
- Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan).
- Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.

*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja


Semakan Status iBita Pulau Pinang 2024 Online

1. Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS atau layari pautan di https://ibita.penang.gov.my/protected/status.php.

2. Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan iBita Penang, pemohon boleh hubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di Portal IBITA.

Selamat membuat Permohonan iBita Pulau Pinang tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran iBita Penang!

No comments

Powered by Blogger.