Permohonan Skim Dermasiswa Pendidikan MAIJ 2021/2022 Online (Jordan & Mesir)
Permohonan Skim Dermasiswa Pendidikan MAIJ 2021/2022 Online (Jordan & Mesir)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Dermasiswa MAIJ tahun 2021 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar-pelajar Johor di negara Mesir dan Jordan yang berkelayakan membuat permohonan Skim Dermasiswa Pendidikan MAIJ tahun 2021/2022. Untuk makluman anda, permohonan Skim Dermasiswa Pendidikan MAINJ 2021/2022 boleh dibuat secara online mulai 20 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021.
Permohonan Skim Dermasiswa Pendidikan MAIJ 2021/2022 Online (Jordan & Mesir)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Dermasiswa MAIJ 2021/2022 termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:
Cara Permohonan Skim Dermasiswa Pendidikan MAIJ 2021 Online
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Bantuan Dermasiswa yang boleh didapati melalui laman web MAIJ www.maij.gov.my.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut:
2.1 Sekeping gambar berukuran passport.
2.2 Salinan kad pengenalan pelajar.
2.3 Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga.
2.4 Salinan Slip Gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga.
2.5 Surat tawaran pengajian universiti.
2.6 Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)*
2.7 Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2.8 Salinan keputusan peperiksaan tahun pertama sehingga semasa (terkini)
2.9 Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pendidikan Johor di Mesir atau Pejabat Education Malaysia Jordan.
3. Borang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke email dermasiswa1@gmail.com (bagi Skim Dermasiswa).
4. Permohonan hendaklah dihantar ke email, manakala permohonan di Mesir salinan hardcopy hendaklah diserahkan kepada Pegawai Atase sebelum 20 November.
5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
Syarat Kelayakan Skim Dermasiswa MAIJ 2021
Antara Syarat Kelayakan Skim Dermasiswa MAIJ 2021 adalah seperti berikut:
KLIK👉 https://www.maij.gov.my/portfolio/skim-bantuan-dermasiswa
Semakan Keputusan Dermasiswa Pendidikan MAIJ 2021 Online (Jordan & Mesir)
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa Dan Pinjaman Pelajaran) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282935 07- 2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308
Semoga perkongsian Permohonan Dermasiswa MAIJ tahun 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment