Permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2024/2025 Online

Permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2024/2025 Online|BILAKAH tarikh permohonan Pra Diploma UiTM 2024 bakal dibuka? Perhatian buat para pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Pra Diploma UiTM ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan Pra Diploma UiTM 2024 (Sesi 2) boleh dibuat secara online mulai 1 November 2024 sehingga tarikh tutup 31 Januari 2025 menerusi Portal Rasmi UiTM. Berikut dikongsikan Permohonan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2024/2025 Online

Sedia maklum, Program Pra-Diploma merupakan initiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar Lepasan SPM yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam (UA) iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma. Selain itu, program ini juga adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar. Selepas tamat menjalani program Pra Diploma ini, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing. Peluang ini juga membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Permohonan Pra Diploma UiTM 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Pra Diploma UiTM termasuk senarai program, syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Senarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan di Pra Diploma UiTM:

- Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
- Pra Diploma Sains (AS007 & AS002)
- Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
- Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
- Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

Cara Permohonan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online (Sesi 2)

1. Permohonan kemasukan program Pra Diploma UiTM boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan di http://online.uitm.edu.my/pra

2. Permohonan adalah dengan menggunakan No PIN UiTM yang boleh diperolehi.

3. Emelkan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON untuk pengeluaran No Pin PERCUMA.

4. Kemudian, sila layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan. 

5. Simpan & cetak maklumat permohonan. Emelkan maklumat permohonan dan dokumen-dokumen diperlukan yang telah disahkan.

Permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2024/2025 Online

Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024 Online

1. Hebahan Keputusan Program Pra Diploma Sesi 2 boleh disemak mulai 12 Februari 2025 menerusi pautan di online.uitm.edu.my.

Syarat Kemasukan Pra Diploma UiTM 2024

Antara Syarat Kelayakan Pra Diploma UiTM 2024 adalah seperti berikut:

1. Permohonan hanya terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja.
2. Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon.
4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
5. Calon yang pernah belajar di UiTM dan telah diberhentikan atau gugur taraf tidak dibenarkan memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
6. Permohonan akan terbatal sekiranya didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:
– Kewarganegaraan Malaysia.
– Status Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung.
– Kelayakan/keputusan peperiksaan SPM.


Dokumen Sokongan Permohonan

Dokumen sokongan permohonan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Ibu/Bapa.
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon/Ibu/Bapa.
- Salinan SPM.
- Salinan SPM Ulangan (Jika berkaitan).
- Salinan Penyata Gaji Ibu/Bapa
- Surat atau borang pengesahan status pekerjaan/pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip/penyata gaji/ tidak bekerja/suri rumah (https://drive.google.com/file/d/1ZBKALARGnxztVSY04q37-g0jd7Z4eA91/view).
- Salinan Sijil Kematian (jika berkaitan).
- Salinan Surat Penceraian Ibu Bapa (jika berkaitan).
- Salinan Kelulusan / Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri yang terkini (Jika Berkaitan).
- Salinan Sijil Anak Angkat/ Cabutan maklumat dalam cip kad pengenalan/ MyKad (jika berkaitan).
- Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan).
- Salinan sijil/pengiktirafan sukan tertinggi dan terkini (Laluan Atlet).
- Dokumen dokumen lain (Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pra Diploma UiTM, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel kepada pptshahalam@uitm.edu.my

Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03 5521 1306/1416/1444/1448/1449
FB Rasmi : ppptuitm
Tik Tok : @ppptuitm
Laman Web Rasmi : pppt.uitm.edu.my
Emel: pptshahalam@uitm.edu.my

Semoga perkongsian Permohonan Pra Diploma UiTM tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Pra Diploma UiTM!

No comments

Powered by Blogger.