Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon anak kelahiran di Negeri Sembilan yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan. Berikut dikongsikan Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebelum ini telah mewujudkan satu inisiatif kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan iaitu "Bantuan Sara Hidup (BSH) 2024 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan" yang bertujuan membantu mahasiswa di universiti awam (UA). BSH ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.
Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan dan semakan keputusan:
Syarat Kelayakan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024
1. Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukakan); atau
2. Sekiranya bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (sila kemukakan sijil tamat berhenti Sekolah Rendah dan Menengah).
3. Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda sahaja.
4. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja (sepenuh masa).
5. Terbuka kepada pemohon semester 1 hingga tamat pengajian (semester akhir)
6. Ibu bapa yang mendaftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak memohon BSH (pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.00 golongan B40).
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
1. Borang Borang Pemastautin Negeri Sembilan (BORANG YNS 1/B)
https://www.yns.gov.my/v7/images/2024/UPI/borang_pemastautin.pdf
2. Borang Akuan Pengesahan Pendapatan (BORANG YNS 3/C)
https://www.yns.gov.my/v7/images/2024/UPI/PENGESAHAN_PENDAPATAN_YNS_3Cdocx.pdf
3. Borang Pengesahan Belajar 2024 (BORANG YNS 2/A)
https://www.yns.gov.my/v7/images/2024/UPI/MayUpdate/BORANG_PENGESAHAN_BELAJAR_YNS_2A_MEI2024.pdf
Cara Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024
1. Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://forms.gle/fkiZZ2UppMHHnVJF7.
2. Klik butang ‘Next.’
3. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang "Next" pada setiap akhir paparan.
4. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan yang diminta.
5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar borang permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/.
Semoga perkongsian Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment