Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 Online (Semakan Temuduga)

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 Online (Semakan Temuduga)|BILAKAH tarikh permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor tidak kurang 3 tahun berturut-turut yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 boleh dibuat secara online mulai 20 Disember 2022 sehingga 4 Januari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 Online (Semakan Temuduga)


Sedia maklum, Kelas merupakan suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain. KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 Online (Semakan Temuduga)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor termasuk syarat kelayakan dan semakan temuduga:


Cara Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023

1. Layari laman sesawang secara online menerusi pautan di https://forms.gle/epJG3DdYRZxVtZyU8.

2. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.

3. Muat naik dokumen yang diperlukan untuk mohon jawatan ini.

4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA.


Syarat Kelayakan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan Kosong Guru KAFA Johor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah/Al-Syariah/Usul Al Din/Manahij Al-U’lum Al-Islamiah.

3. Lulus Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah di peringkat SPM.

4. Lulus Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat dua; atau

5. Lulus Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA/SMA/STAM dan yang setaraf dengannya (SMU/STU).

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023 Online (Semakan Temuduga)


Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk mohon jawatan ini adalah seperti berikut:

1. Salinan kad pengenalan pemohon

2. Salinan sijil SPM pemohon

3. Salinan sijil SDKA pemohon (sekiranya ada)

4. Salinan sijil SMRA/SMA/STAM atau SMU/STU pemohon

5. Salinan sijil lain yang berkaitan sekiranya ada


Semakan Temuduga Guru KAFA Johor 2023

Berikut dikongsikan Semakan Temuduga Guru KAFA Johor tahun 2023:

*Akan dikemaskini


Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Elaun Guru KAFA 2023


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong Guru KAFA Johor, sila layari Portal Rasmi Facebook di https://www.facebook.com/BPIJOHOR.

Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai Guru KAFA Johor!

No comments

Powered by Blogger.