Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online (Semakan Status)

Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Dana IP 2.0 tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan membuat permohonan Dana IP 2.0 tahun 2023. Untuk makluman anda, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah membuka permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) 2023 secara online mulai bulan Januari 2023 hingga tarikh tutup pada 31 Oktober 2023 menerusi Portal Rasmi MyIPO. Berikut dikongsikan Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Dana IP 2.0 merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia yang ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dana ini adalah inisiatif daripada MyIPO untuk membantu rakyat Malaysia mendaftarkan dan melindungi hasil reka cipta, karya kreatif, jenama perniagaan dan reka bentuk unik dari ditiru dan dieksploitasi oleh pihak lain. Dana IP 2.0 yang berjumlah RM2 juta dijangka memberi manfaat kepada 2,000 usahawan terutamanya dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi pembiayaan fi bagi kesemua pemfailan komponen harta intelek termasuk kos kerja.


Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Dana IP 2.0 termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online

1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan menerusi pautan di https://www.myipo.gov.my/ms/dana-pemfailan-harta-intelek-dana-ip-2-0/?fbclid=IwAR3fLje6xoJPWZeD2eC9Ubp6k3UEKW7IXwuyqmV63Px56pkxrNQmyl0_Ugo#toggle-id-4.

2. Kemudian, borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat MyIPO yang berhampiran atau kepada Alamat:

Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0)

Bahagian Pembangunan Perniagaan,

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),

Aras 12, Tower B, Menara UOA Bangsar,

No. 5, Jalan Bangsar Utama 1,

59000 Kuala Lumpur.


Syarat Kelayakan Permohonan Dana IP 2.0 2023

Antara syarat permohonan Dana IP 2.0 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Terbuka kepada:

– Individu

– Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian.

– Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi/Kementerian;

– Komuniti Setempat Tempatan (bagi Petunjuk Geografi);

– Pelajar Kolej/Institusi Kemahiran/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf.

– Pelajar Sekolah Rendah/Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah)

2. Pemohon hanya layak memohon satu dana sahaja dalam setahun kalendar untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen Harta Intelek berikut:

– Cap Dagangan

– Paten

– Reka Bentuk Perindustrian

– Hakcipta

3. Petunjuk Geografi (komuniti setempat/tempatan sahaja).


Semakan Status Dana IP 2.0 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Status Dana IP 2.0 tahun 2023:

*Akan dikemaskini

Permohonan Dana IP 2.0 2023 Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Dana IP 2.0, sila layari laman web myipo di https://www.myipo.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan Dana IP 2.0 tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.