Permohonan DSIP 2023 Online (Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK)

Permohonan DSIP 2023 Online (Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK)|BILAKAH tarikh permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2023 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar anak Kelantan yang ingin menyambung pengajian di luar negara. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2023 boleh dibuat secara online mulai 1 Januari 2023 menerusi Portal Rasmi MAIK. Berikut dikongsikan Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2023 Online buat rujukan anda. 

Permohonan DSIP 2023 Online (Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK)

Sedia maklum, DSIP atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara merupakan bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.


Permohonan DSIP 2023 Online (Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK (DSIP) termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2023 Online

1. Layari Portal MAIK secara online menerusi pautan di http://eagihan.e-maik.my/.

2. Kemudian, pilih jenis bantuan dan masukkan No Kad Pengenalan. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’

3. Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’

4. Lengkapkan permohonan anda dengan maklumat yang tepat dan hantar.


Syarat Kelayakan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2023

Antara Syarat Kelayakan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.

2. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

3. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.

4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

5. Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan.

B. Syarat Khusus

i) Pemohon Tahun Pertama

- Pemohon layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.

ii) Pemohon Tahun Kedua

- Pengajian di Mesir: Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir.

- Pengajian di lain-lain negara: Minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.

iii) Syarat Tambahan

- Maksimum bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.

- Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab lughah, maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian.


Semakan Keputusan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan DSIP MAIK, sila hubungi Unit Pendidikan MAIK di talian 09-7421519 atau email ke info_pendidikan@e-maik.my.

Semoga perkongsian Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.