Rahsia Umrah DIY Tahun 2025 Dengan Bajet Rendah (Panduan)
Rahsia Umrah DIY Tahun 2025 Dengan Bajet Rendah (Panduan)|ANDA ingin pergi menunaikan ibadah umrah bagi tahun 2025? Adakah anda sedang tercari-cari pakej umrah yang paling murah dan harga berpatutan? Anda ingin tahu bagaimana boleh kerjakan Umrah dengan "Bajet Kurang Daripada RM7,000 Seorang"? Anda jangan risau jom saya akan tunjukkan kepada anda caranya!
Saya pasti anda tidak akan jumpa pakej umrah dibawah RM7000 dari mana-mana agensi travel/umrah sekarang ini (tahun 2025). Rata-rata, pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM8000 dan ke atas. Maklumlah anda nak pergi dengan pasangan anda kan. Kalau seorang sahaja pun sudah cecah RM8000, maka jika pergi 2 orang ia sudah cecah RM16,000. Banyak kan tu!
Umrah D.I.Y? Umrah Apa tu?
Umrah DIY ini adalah singkatan bagi Umrah "Do-It-Yourself". Ya! Bukan kerja tukang-tukang je kita boleh buat DIY (sendiri), Umrah pun kita boleh buat DIY.
Maksudnya kita buat umrah tanpa gunakan agen. Kita uruskan sendiri semuanya dari permohonan visa, tempahan flight, tempahan hotel, itinerary!
"Boleh ke macam tu?" Ya! Boleh je sebenarnya. Cuma untuk buat semua itu, kita kenalah ada ILMU untuk lakukannya!
Kelebihan "Umrah DIY"!!
Selain dari dapat menjimatkan kos yang besar! Umrah DIY sebenarnya lebih fleksibel! Anda boleh rancang itinerary (jadual perjalanan) anda sendiri. Tidak perlu ikut itinerary yang ditetapkan oleh pihak agensi umrah!
Anda boleh tinggal di Mekah & Madinah sependek yang anda mahu, ataupun sepanjang yang anda mahu.
Contohnya, anda mahu pergi buat umrah 7 hari sahaja 3 hari di madinah dan 4 hari di Mekah!
Pendek kata! ia terpulang kepada anda dan bajet anda. Anda tidak lagi terikat dengan program atau tempoh waktu yang ditetapkan oleh pihak agensi travel & umrah yang selalunya akan menetapkan tempoh selama 9-12 hari untuk pergi umrah & ziarah.
Kos Pakej Umrah VS Umrah DIY Tahun 2025
Untuk tahun 2025 ini, rata-rata pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM8,000 dan ke atas, kos tersebut adalah termasuk kos tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan dan sebagainya. Jika anda baru pertama kali mahu melakukan umrah dan mahu pergi berseorangan, memang saya galakkan anda gunakan sahaja khidmat dari agensi travel dan umrah ini.
Tetapi, jika anda berhasrat untuk pergi beramai-ramai, seisi keluarga contohnya (lebih dari 4 orang), maka Umrah DIY, adalah lebih menjimatkan. Sebab, untuk Umrah DIY, anda boleh cari tiket flight anda sendiri. Anda boleh cuba dapatkan harga tiket yang lebih murah!
Ini adalah contoh carian tiket penerbangan yang boleh anda lakukan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan harga yang berbaloi apabila ingin pergi mengerjakan umrah!
Anda BERMINAT Nak Buat Umrah DIY Bagi Tahun 2025?
Untuk buat umrah DIY ini, memang ada banyak perkara yang perlu kita tahu serta uruskan sendiri!
Dari segi perihal permohonan visa, tempahan tiket penerbangan, tempahan hotel, takaful, kenderaan untuk pengangkutan di mekah & madinah, tempat makan dan bermacam perkara lagi.
TAPI anda tidak perlu lagi risau dan tercari-cari cara macam mana nak buat semua benda tu. Sebab terdapat sebuah ebook panduan yang lengkap "Step-by-Step" iaitu "Rahsia Umrah Do-It-Yourself Tahun 2025"!
Senarai Isi Kandungan Dalam Ebook Umrah DIY
Di dalam ebook Umrah DIY ini, terdapat 9 Langkah Utama untuk mengerjakan umrah secara DIY:
◾Langkah 1 : Merancang Itinerary
◾Langkah 2 : Penetapan Bajet
◾Langkah 3 : Pemilihan Tarikh Melakukan Umrah
◾Langkah 4 : Tempahan Tiket Penerbangan
◾Langkah 5 : Tempahan Penginapan
◾Langkah 6 : Persiapan Dan Permohonan Visa
◾Langkah 7 : Pengangkutan Dan Perhubungan di Mekah & Madinah
◾Langkah 8 : Panduan Mudah Ibadah Umrah
◾Langkah 9 : Berangkat Pulang
Bagaimana Untuk Dapatkan Ebook Umrah DIY Ini?
Baiklah! Jika anda berminat untuk belajar dan ketahui bagaimana cara untuk melakukan umrah DIY secara step-by-step dan mampu jimatkan ribuan ringgit duit anda!
Anda boleh bertindak segera dan mendapatkan ebook Umrah DIY ni hari ini juga dengan harga istimewa, iaitu pada harga RM80 sahaja! Murah kan!
>> KLIK TEMPAH SEKARANG! <<
Mudah-mudahan artikel berkenaan dengan panduan rahsia Umrah DIY termasuk tips-tips bagaimana pergi Umrah dengan bajet rendah ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk membantu anda merancang!
Post a Comment