Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2024 Online (Setiap Negeri)
Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2024 Online (Setiap Negeri)|BILAKAH tarikh permohonan jawatan kosong Guru KAFA tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan jawatan kosong Guru KAFA setiap negeri tahun 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.
Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA 2024 Online (Setiap Negeri)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Setiap Negeri 2024 Online termasuk syarat kelayakan dan kadar bayaran:
Tarikh Permohonan Jawatan Guru KAFA 2024
Tarikh permohonan adalah mengikut tawaran yang ditawarkan pada setiap negeri. Anda boleh menyemak pautan Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing.
*Akan dikemaskini
Info Penting:
*Senarai jawatan kosong Guru KAFA yang ditawarkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Cara Permohonan Guru KAFA Setiap Negeri 2024
Berikut dikongsikan senarai pautan bagi permohonan Guru KAFA Setiap Negeri tahun 2024:
◾Permohonan Guru KAFA Perlis 2024
◾Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang 2024
◾Permohonan Guru KAFA Perak 2024
◾Permohonan Guru KAFA Kedah 2024
◾Permohonan Guru KAFA Kelantan 2024
◾Permohonan Guru KAFA Pahang 2024
◾Permohonan Guru KAFA Terengganu 2024
◾Permohonan Guru KAFA Melaka 2024
◾Permohonan Guru KAFA Selangor 2024
◾Permohonan Guru KAFA Negeri Sembilan 2024
◾Permohonan Guru KAFA Johor 2024
◾Permohonan Guru KAFA Sarawak 2024
◾Permohonan Guru KAFA Sabah 2024
Syarat Kelayakan Guru KAFA
Syarat kelayakan asas yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;
4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:
- Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).
- Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
- Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan
- Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
Info Penting:
*Syarat khusus tertakluk kepada Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing
Panduan Permohonan Guru KAFA 2024 Online
1. Klik pada pautan Jabatan Agama Islam Negeri anda.
2. Kemudian, klik pada pautan permohonan Guru KAFA (akan dibuka sekiranya terdapat tawaran kekosongan)
3. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan lengkap.
4. Seterusnya, muat naik dokumen yang diperlukan pada ruangan disediakan. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan anda.
Kadar Bayaran Elaun Guru KAFA
- Elaun guru KAFA akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.
- Caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% dan caruman PERKESO pekerja yang dipotong daripada elaun pekerja.
Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA tahun 2024 ini dijadikan rujukan anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Guru KAFA!
Post a Comment