Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 Online

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 Online|BILAKAH tarikh permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 bakal dibuka? Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 dibuka secara online mulai 27 Mac 2023 sehingga 18 April 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 Online


Sedia maklum, Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin. Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak termasuk syarat kelayakan dan dokumen sokongan:


Cara Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023

1. Muat turun borang permohonan skim Biasiswa ini menerusi pautan di https://shortest.link/m3C6.

2. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

3. Kemudian, sediakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan.

4. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf,

Bahagian Agihan Zakat,

Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh, Perak.


Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.

2. Lahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.

3. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2023.

4. Murid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

5. Pencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2022.

6. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.


Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

- Salinan Kad Pengenalan pemohon.

- Salinan Kad Pengenalan ibu bapa.

- Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.

- Salinan keputusan akhir tahun 2022 yang telah disahkan pihak sekolah.

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal, sila hubungi di talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Semoga perkongsian Skim Biasiswa Baitulmal Zakat Perak tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.