Contoh Soalan MUET 2025 (Listening, Speaking, Reading & Writing)
Contoh Soalan MUET 2025 (Listening, Speaking, Reading & Writing)|APAKAH format dan contoh soalan Ujian MUET terkini bagi tahun 2025? Perhatian buat anda calon MUET yang ingin ketahui format dan contoh soalan Ujian MUET (listening, speaking, reading dan writing) terkini tahun 2025. Berikut dikongsikan Format dan Contoh Soalan Ujian MUET 2025 Terkini buat rujukan anda.
Sedia maklum, Malaysian University English Test atau lebih dikenali sebagai singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tujuan Ujian MUET ini diperkenalkan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Contoh Soalan MUET 2025 (Listening, Speaking, Reading & Writing)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan format terkini MUET beserta contoh soalan dan jawapan bagi calon yang bakal menduduki Ujian MUET:
Format Ujian MUET 2025 (Terkini)
1. Kertas yang ditawarkan dalam Ujian MUET meliputi empat komponen seperti berikut:
Kod Kertas Nama Kertas
800/1 Listening (50 minit)
800/2 Speaking (30 minit)
800/3 Reading (75 minit)
800/4 Writing (75 minit)
2. Pemarkahan MUET adalah ditetapkan mengikut Band seperti berikut:
Band 6 : 260 - 300 markah
Band 5 : 220 - 259 markah
Band 4 : 180 - 219 markah
Band 3 : 140 - 179 markah
Band 2 : 100 - 139 markah
Band 1 : 100 dan ke bawah
Kadar Bayaran Ujian MUET Tahun 2025
Kadar bayaran untuk menduduki Ujian MUET adalah seperti berikut:
A. Calon Warganegara
◾Yuran pendaftaran - RM 40.00
◾Yuran mata pelajaran - RM 60.00
◾Jumlah - RM 100.00
B. Calon Bukan Warganegara
◾Yuran pendaftaran - RM 120.00
◾Yuran mata pelajaran - RM 230.00
◾Jumlah - RM 350.00
Tips Menjawab Peperiksaan MUET
Terdapat beberapa tips bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET:
A. Listening
- Bagi peperiksaan listening, calon dinasihatkan untuk melatih kemahiran pendengaran menerusi televisyen atau mendengar radio berbahasa Inggeris.
- Teknik ini mampu meningkatkan keupayaan calon untuk mendengar dan memahami sebutan dan perkataan yang disebut ketika peperiksaan dijalankan.
B. Speaking
- Calon mestilah kerap bercakap dan menggunakan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya sebulan sebelum peperiksaan dijalankan.
C. Writing
- Tips untuk ujian writing ialah calon menjawab contoh-contoh soalan MUET yang lepas mengikut waktu dan masa yang ditetapkan di dalam peperiksaan.
D. Reading
- Untuk menghadapi Ujian Writing ini, calon mestilah membaca sekurang-kurangnya 1 jam sehari bacaan yang mempunyai unsur Bahasa Inggeris.
- Calon boleh membaca daripada surat khabar, buku, majalah mahupun novel untuk meningkatkan penguasaan pembacaan calon.
Contoh Soalan Ujian MUET Tahun 2025 (Format Terkini)
Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian MUET yang meliputi Ujian Listening, Speaking, Reading dan Writing:
A. Ujian Listening
B. Ujian Speaking
C. Ujian Reading
D. Ujian Writing
Artikel Berkaitan:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Ujian MUET, sila layari laman web MPM di pautan https://www.mpm.edu.my/
Semoga perkongsian Contoh Soalan dan Format MUET Terkini ini dijadikan rujukan buat anda semua. Semoga anda berjaya dalam peperiksaan MUET dengan cemerlang!
Post a Comment