Permohonan Anggota RELA 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Anggota RELA 2024 Online (Semakan Status)|ADAKAH anda berminat menjadi sebagai anggota RELA? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan anggota RELA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan anggota RELA 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi MyRELA. Berikut dikongsikan Permohonan Anggota RELA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Anggota RELA 2023 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau dahulunya dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia merupakan sebuah persatuan sukarelawan beruniform di Malaysia yang ditugaskan untuk membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara. RELA adalah Jabatan Sukarelawan Malaysia yang berfungsi sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Selain itu, melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan & lain-lain agensi penguatkuasaan dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan & sosio-ekonomi setempat.

Permohonan Anggota RELA 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Anggota RELA melalui MyRELA termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Cara Permohonan Anggota RELA 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi MYRELA secara online menerusi pautan dibawah:
KLIK 👉 https://myrela.moha.gov.my

2. Kemudian, klik pada 'Permohonan Online' dibahagian menu MyRELA.

3. Isikan maklumat borang permohonan yang diminta dengan lengkap.

4. Selepas borang permohonan lengkap diisi, klik pada butang 'Hantar'.

Syarat Kelayakan Anggota RELA 2024

Antara syarat kelayakan anggota RELA adalah seperti berikut:

◾Mestilah warganegara Malaysia
◾Umur 18 tahun dan ke atas
◾Sihat tubuh badan
◾Bukan anggota mana-mana pasukan dibawah undang-undang bertulis
◾Tiada rekod jenayah

Keistimewaan Menjadi Anggota RELA

a. Caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota-anggota yang terlibat kemalangan semasa bertugas
b. Perlindungan insurans sekiranya terlibat kemalangan ketika bertugas
c. Latihan percuma di pusat-pusat latihan
d. Elaun latihan dan bertugas mengikut kadar bayaran elaun semasa jabatan
e. Pakaian seragam percuma
f. Keahlian percuma

Semakan Status Anggota RELA 2024 Online

Berikut dikongsikan cara semakan status RELA secara online:

1. Semakan status anggota RELA boleh dibuat secara online menerusi pautan dibawah:
KLIK 👉 SEMAKAN MYRELA

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang 'Semak'.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Anggota RELA, sila hubungi di:

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Aras 7, 8 & 9, Blok D9, Kompleks D, 
Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya

No. Tel: 03 - 88703760 / 3770
No. Fax: 03 - 88905540
Emel: pro_rela@moha.gov.my

Selamat membuat Permohonan Anggota RELA tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya menjadi sebagai Anggota RELA!

No comments

Powered by Blogger.