Permohonan eTunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus RM200)

Permohonan eTunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus RM200)|BILAKAH tarikh permohonan dan tebus e-Tunai Belia Rahmah 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda golongan belia yang ingin ketahui cara daftar dan tebus e-Tunai Belia Rahmah 2023. Untuk makluman anda, belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai hari Isnin, 26 Jun 2023 jam 8 pagi. Berikut dikongsikan Permohonan dan Cara Tebus eTunai Belia Rahmah 2023 buat rujukan anda.

Permohonan eTunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus RM200)

Sedia maklum, inisiatif eTunai Belia Rahmah ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula). Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 hingga 22 Ogos 2023. Kredit Belia Rahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan boleh dibelanjakan secara 'offline' hingga 31 Ogos 2023. Kredit RM200 ini boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet terbabit dalam program ini.


Permohonan eTunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus RM200)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan eTunai Belia Rahmah RM200 termasuk cara tebus dan syarat kelayakan:


Tarikh Permohonan/ Penebusan eTunai Belia Rahmah 2023

- Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023 sebanyak RM200 boleh ditebus mulai Hari Isnin, 26 Jun 2023 jam 8:00 pagi.


Syarat Kelayakan eTunai Belia Rahmah 2023

Antara syarat kelayakan eTunai Belia Rahmah 2023 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau

3. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia


Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023

Berikut dikongsikan Cara Permohonan eTunai Belia Rahmah tahun 2023:

1. Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi seperti berikut:

- Boost

- Touch n Go ewallet

- Setel


Cara Penebusan eTunai Belia Rahmah 2023

1. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC).

2. Isikan maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun.

3. Kemudian, status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari.

4. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia Rahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia Rahmah.

Permohonan eTunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus RM200)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan eTunai Belia Rahmah, sila layari pautan di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/etunai-rahmah.html

Semoga perkongsian Permohonan eTunai Belia Rahmah tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Selamat tebus kredit RM200 eTunai Belia Rahmah!

No comments

Powered by Blogger.