Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2023 (Tarikh Bayaran)

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2023 (Tarikh Bayaran)|BERITA baik buat anda kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023. Untuk makluman anda, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diagihkan mulai 17 Julai 2023. Berikut dikongsikan Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2023 buat rujukan anda.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2023 (Tarikh Bayaran)

Sedia maklum, Sumbangan Asas Rahmah akan melibatkan pemberian kepada 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas. Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih. Sistem e-Kasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 6 bulan mulai Julai hingga Disember 2023.


Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2023 (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah termasuk syarat kelayakan, jumlah & tarikh bayaran:


Syarat Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah

1. Warganegara Malaysia.

2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.


Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2023

Amaun bayaran yang akan menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

◾Isi Rumah

i. Kahwin: RM600

ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak: RM600

◾Warga Emas Tiada Pasangan: RM600

◾Bujang: RM600


Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi MyKasih secara online menerusi pautan di https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.

2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) dan Captcha berdasarkan nombor dan angka yang diberikan.

3. Tekan pada butang "Semak Status" untuk semakan.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2023 (Tarikh Bayaran)

Kaedah Penyaluran Sumbangan

1. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. 

2. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

      Bulan Jumlah

Julai 2023 RM100

Ogos 2023 RM100

September 2023 RM100

Oktober 2023 RM100

November 2023 RM100

Disember 2023 RM100


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Sumbangan Asas Rahmah, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/.

Semoga perkongsian Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.