Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan 2023 boleh dibuat secara online mulai 24 Ogos 2023 hingga tarikh tutup pada 7 September 2023 menerusi Portal Rasmi SBSP. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, KBS telah membuat penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan. Biasiswa ini diwujudkan bertujuan untuk membantu para atlet negara yang yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil menceburkan diri dalam arena sukan tempatan.


Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan 2023 Online

1. Layari laman sesawang SBSP secara online menerusi pautan di https://spsb.kbs.gov.my.

2. Kemudian, pilih bahagian e-Biasiswa.

3. Klik pada butang "Daftar". Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’

4. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.

5. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul. Hantar borang permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.


Syarat Kelayakan Biasiswa Sukan Persekutuan 2023

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah dari golongan atlet yang masih giat dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan).

3. Pemohon mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan Majlis Sukan di peringkat sukan sekolah-sekolah ASEAN atau mana-mana pertandingan yang setarah dengannya.

4. Pemohon adalah dikehendaki untuk memperoleh dengan sendirinya tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya mendapat tempat di universiti / institusi akan ditawarkan biasiswa.

5. Pemohon yang menerima biassiwa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihanraya semasa tempoh pengajian dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.

6. Pemohon bagi biasiswa ini mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun pada 31 Disember 2023.

7. Pemohon mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.

8. Pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.


Semakan Keputusan Biasiswa Sukan Persekutuan 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Sukan Persekutuan tahun 2023:

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Sukan Persekutuan, sila layari laman sesawang Portal SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.