Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 Online
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 Online|ADAKAH anda berminat menjadi sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM tahun 2023? Perhatian buat anda yang berminat membuat permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 boleh dibuat secara online mulai 12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, individu yang berminat adalah dialu-alukan untuk memohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023. Tawaran ini dibuka kepada individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan peperiksaan berkenaan yang akan berlangsung pada tahun ini. Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM tahun 2023 mulai 20 Januari hingga 7 Mac 2024.
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 termasuk elaun dan syarat kelayakan:
Cara Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
1. Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 boleh dibuat melalui Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan di https://bit.ly/44KmnxL.
2. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
3. Pemohon yang berjaya akan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup ikian adalah dianggap tidak berjaya dan segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
Elaun Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
- Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa untuk bukan penjawat awam.
Skop Tugas Sukarelawan Pengawas Peperiksaan
Skop tugas sukarelawan pengawas peperiksaan adalah seperti berikut:
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan.
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksan.
Syarat Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
1. Mestilah warganegara Malaysia.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
4. Pemohon adalah pesara/pelajar kolej alau universiti yang sedang dalam tempoh cull semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti.
5. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
6. Mempunyai pengangkutan sendiri.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/ atau rujuk surat tawaran KPM melalui lampiran di bawah atau terus ke https://jpnpp.moe.gov.my/.
Semoga perkongsian Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Saya setuju boleh join ko tidak
ReplyDelete