Dasar Dan Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA/ IPTA (2024)
Dasar Dan Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA/ IPTA|APAKAH kriteria pemilihan UPU kemasukan ke UA/ IPTA bagi tahun 2024? Panduan buat anda para pelajar yang ingin ketahui dasar dan kriteria pemilihan UPU kemasukan ke UA dan IPTA tahun 2024. Berikut dikongsikan Dasar dan Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) buat rujukan anda.
Sedia maklum, penawaran kemasukan ke UA/ IPTA adalah dibuat berdasarkan kepada dasar markah merit yang meliputi markah akademik, markah koko dan status sosio-ekonomi. Bagi anda yang gagal dalam permohonan UPU boleh merayu dan jika gagal juga, anda mungkin tidak melepasi kriteria pemilihan pengambilan yang telah ditetapkan.
Dasar Dan Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA/ IPTA (2024)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Dasar dan Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA dan IPTA Tahun 2024:
Dasar Pemilihan & Kriteria SPM & STPM/Setaraf
Pemilihan pelajar adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai:-
i) Lepasan SPM/ Setaraf
◾UA & Politeknik Premier: 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
◾Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA: 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosio-Ekonomi (SES)
ii) Lepasan STPM/ Setaraf
◾Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA/ IPTA
Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:
i) Lepasan SPM/ Setaraf
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
b) Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES); (bagi permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA)
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA;
f) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian;
g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
ii) Lepasan STPM/ Setaraf
Dasar pemilihan untuk pelajar lepasan STPM dan setaraf adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
Selain itu, kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah seperti berikut:
- Melepasi tahap minimum Ujian Medsi
- Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.
Markah Kokurikulum Untuk Kriteria Pemilihan UPU
1. Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT.
2. Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan. Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
Senarai Sebab Permohonan UPU Anda Gagal Atau Tidak Berjaya
Menerusi Facebook Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Berikut adalah punca pemohon tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan UPU:
1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
3. Memohon program luar bidang aliran
4. Tidak melepasi temuduga
5. Markah merit rendah
6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
Join Channel Telegram UPUOnline 2024/2025
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila layari laman web UPU di https://upu.mohe.gov.my/ atau rujuk dibawah:Semoga perkongsian Dasar dan Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA/ IPTA ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment