Permohonan ALAM 2024 Online (Akademi Laut Malaysia)
Permohonan ALAM 2024 Online (Akademi Laut Malaysia)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Akademi Laut Malaysia? Panduan buat anda pelajar Lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan melanjutkan pengajian Peringkat Diploma di Akademik Laut Malaysia (ALAM) sesi Julai /Ogos 2024. Untuk makluman anda, permohonan program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi ALAM. Berikut dikongsikan Permohonan ALAM 2024 Online buat rujukan anda.
Permohonan ALAM 2024 Online (Akademi Laut Malaysia)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan ALAM (Akademi Laut Malaysia) termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:Cara Permohonan ALAM 2024 Online
1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi ALAM secara online melalui pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://www.alam.edu.my/application-form/
2. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.
3. Pastikan upload borang permohonan yang diperlukan pada ruangan disediakan.
4. Setelah lengkap diisi, pastikan tekan pada butang "SUBMIT".
Info Penting:
*Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga dan ujian bertulis
Syarat Kemasukan ALAM 2024 (Akademi Laut Malaysia)
Antara syarat kelayakan permohonan ALAM adalah seperti berikut:A. Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)
◾Bagi pemohon warganegara Malaysia
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu; DAN
- Lulus dalam bahasa Inggeris; DAN
- Kredit – Sains (bukan STEM); ATAU Fizik (STEM); ATAU Kimia (STEM); ATAU Biologi (STEM); DAN Kredit – Matematik (STEM/Bukan STEM); ATAU Matematik Tambahan (STEM); DAN
- Kredit – Mana-mana daripada dua (2) (STEM/Bukan STEM) mata pelajaran Teras atau elektif atau
- SPM DAN SKM L3 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi (mekanikal, mekatronik, elektrik, automotif, marin, maritim) atau
- SVM dalam bidang kejuruteraan dan teknologi (mekanikal, mekatronik, elektrik, automotif, marin, maritim)
- Kredit dalam Bahasa Melayu; DAN
- CGPA Akademik 2.00; DAN
- PNGK Vokasional 2.67; DAN
- Lulus Bahasa Inggeris; DAN
- Lulus peperiksaan kemasukan ILM dalam matematik dan sains atau
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya gred C (GP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran
◾Untuk pemohon asing dan/atau pemegang UK GCE O’ Level
- Sijil peperiksaan sekolah yang setara dengan UK GCE O’ Level dengan kredit dalam Matematik, Sains/Teknikal, 3 mata pelajaran lain dan kredit dalam bahasa Inggeris*.
◾Syarat Am Permohonan
- Bujang, berumur antara 18 dan 25 tahun
- Mesti sihat dari segi fizikal dan mental seperti yang disahkan oleh pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia
- Tinggi minimum 158cm dan berat 48kg untuk pemohon lelaki (BMI: 18.5 -24.9)
- Tinggi minimum 155cm dan berat 42kg untuk pemohon wanita (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak buta warna
- Penglihatan yang baik (ketajaman penglihatan 6/6)
- Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik dalam penulisan dan pertuturan.
B. Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)
◾Bagi pemohon warganegara Malaysia
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya
- Kredit dalam Bahasa Melayu; DAN
- Lulus dalam bahasa Inggeris; DAN
- Kredit – Sains (bukan STEM); ATAU Fizik (STEM); ATAU Kimia (STEM); ATAU Biologi (STEM); DAN Kredit – Matematik (STEM/Bukan STEM); ATAU Matematik Tambahan (STEM); DAN
- Kredit – Mana-mana daripada dua (2) (STEM/Bukan STEM) mata pelajaran Teras atau elektif atau
- SPM DAN SKM L3 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi (mekanikal, mekatronik, elektrik, automotif, marin, maritim) atau
- SVM dalam bidang kejuruteraan dan teknologi (mekanikal, mekatronik, elektrik, automotif, marin, maritim)
- Kredit dalam Bahasa Melayu; DAN
- CGPA Akademik 2.00; DAN
- PNGK Vokasional 2.67; DAN
- Lulus Bahasa Inggeris; DAN
- Lulus peperiksaan kemasukan ILM dalam matematik dan sains
◾Untuk pemohon asing dan/atau pemegang UK GCE O’ Level
Sijil peperiksaan sekolah yang setara dengan UK GCE O' Level dengan kredit yang kukuh dalam Matematik, Sains/Teknikal, 3 mata pelajaran lain dan kredit yang kukuh dalam bahasa Inggeris.
◾Syarat Am Permohonan
- Bujang, berumur antara 18 dan 25 tahun
- Mesti sihat dari segi fizikal dan mental seperti yang disahkan oleh pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia
- Tinggi minimum 158cm dan berat 48kg untuk pemohon lelaki (BMI: 18.5 -24.9)
- Tinggi minimum 155cm dan berat 42kg untuk pemohon wanita (BMI: 18.5-24.9)
- Tidak buta warna
- Penglihatan yang baik (jika dengan kuasa bantuan optik tidak boleh melebihi 200)
- Penglihatan yang baik (ketajaman penglihatan 6/6)
- Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik dalam penulisan dan pertuturan.
Semakan Keputusan ALAM Akademi Laut Malaysia 2024 Online
Berikut dikongsikan Semakan Keputusan ALAM Tahun 2024:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ALAM, sila hubungi di:Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
No. Tel: 06 - 388 2200
Laman Web: http://www.alam.edu.my
Selamat membuat Permohonan ALAM Akademi Laut Malaysia Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke ALAM!
Post a Comment