Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)|BILAKAH tarikh pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2024 bakal dibuka? Adakah anda berminat menjadi Guru KPM – IPG bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Khas untuk IJAZAH BUKAN PENDIDIKAN? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Calon Guru PDPP ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Calon Guru PDPP 2024 boleh dibuat secara online mulai 13 Ogos 2024 sehingga 19 Ogos 2024 menerusi Portal Rasmi MyPDPP. Berikut dikongsikan Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PDPP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.


Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Calon Guru PDPP termasuk syarat kelayakan dan tarikh penting:


Info Penting Pengambilan Calon Guru PDPP 2024

◾Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
◾Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh MQA
◾Mod Program: Sepenuh Masa
◾Tempoh Pengajian: 1 Tahun (3 Semester)


Syarat Kelayakan Calon Guru PDPP Tahun 2024

Antara Syarat Kelayakan Calon Guru PDPP adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia; 

2. Sihat tubuh badan; 

3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan 

4. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989. 

5. Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM. 

6. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau 

7. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;

8. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster MataPelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).

9. Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET),
International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills. 

10. Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Cina/bahasa Tamil di peringkat SPM.

11. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian). 

** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

1. Sekolah Kebangsaan (SK)
• Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
• Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
• Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
• Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
• Pendidikan Pemulihan

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
• Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
• Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
• Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
• Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
• Pendidikan Pemulihan 

3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
• Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
• Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
• Pendidikan Pemulihan 

4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
• Pendidikan Islam Pendidikan Rendah


Cara Permohonan Calon Guru PDPP Tahun 2024 Online

1. Permohonan Calon Guru PDPP boleh dibuat secara dalam talian dengan layari laman sesawang di https://mypdpp.moe.gov.my/PD.

2. Kemudian, pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP)

3. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

5. Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan tarikh-tarikh penting pengambilan.

6. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Tarikh Penting Permohonan Calon Guru PDPP 2024

◾Paparan iklan di portal rasmi KPM: 13 – 19 Ogos 2024
◾Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 13 – 19 Ogos 2024
◾Permohonan dalam talian ditutup: 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 malam)
◾Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian: 14 – 16 dan 19 – 22 Ogos 2024
◾Semakan keputusan panggilan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 3 September 2024
◾Pelaksanaan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 9 – 12 September 2024
◾Semakan keputusan permohonan berjaya: 25 September 2024
◾Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (Secara dalam talian): 9 Oktober 2024


Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Calon Guru PDPP, sila hubungi di:

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA

No Tel: 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
No. Fax: 03-8312 6655
Web: https://mypdpp.moe.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan Calon Guru PDPP ambilan 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.