Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2024 Online (Future Leadership)

Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2024 Online (Future Leadership)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Future Leadership Yayasan TM 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang berkelayakan membuat permohonan Future Leadership Yayasan Telekom Malaysia (TM) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Future Leadership Yayasan Telekom Malaysia 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 3 Jun 2024 melalui Portal Rasmi TM. Berikut dikongsikan Biasiswa Future Leadership Yayasan TM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2024 Online (Future Leadership)

Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2024 Online (Future Leadership)

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi cara permohonan Biasiswa Future Leadership Yayasan TM beserta syarat kelayakan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Future Leadership Yayasan TM 2024

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi TM secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ytmapps.tm.com.my/Account/Login

2. Klik pada "Permohonan Baru".

3. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

4. Setelah selesai isi maklumat permohonan, anda perlu hantar permohonan anda tersebut.

Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2024 Online (Future Leadership)

Syarat Kelayakan Biasiswa Future Leadership Yayasan TM 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa Future Leadership Yayasan TM adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan
2. Pemohon mestilah tidak mempunyai adik beradik yang mendapat biasiswa YTM di institusi pengajian tinggi
3. Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia
4. Pemohon tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan dari sumber lain pada masa ini

B. SYARAT AKADEMIK 

i. Overseas Program

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Memperoleh sekurang-kurangnya 8A+ untuk SPM 2023
3. Tidak melebihi umur 21 tahun pada Disember 2024
4. Aktif dalam aktiviti kurikulum

ii. Local Programs

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Memperoleh sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2023 atau CGPA 3.3 atau setara bagi keputusan terkini
3. Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2024
4. Aktif dalam aktiviti kurikulum

Senarai Bidang Pengajian Yang Ditaja 

◾Teknologi & Digital
◾Sains Komputer
◾Multimedia Kreatif
◾Kejuruteraan
◾Pengurusan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan TM, sila hubungi di:-

Education:
◾Khairul Izam Kamsiran: 011 - 36098927
◾Norliana Yunos: 017 - 6906495

Technical Support:
◾Abdul Salam Musa: 014 - 7692586

Selamat membuat permohonan Biasiswa Future Leadership Yayasan Telekom Malaysia Tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.