Permohonan DPPPI USIM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan DPPPI USIM 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Program DPPPI USIM tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang ingin menjadi bakal guru dalam bidang Pendidikan Islam, anda boleh memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan-Pendidikan Islam (DPPPI) USIM sesi Oktober 2024. Untuk makluman anda, permohonan DPPPI USIM 2024 boleh dibuat secara online pada 15 Mei 2024 hingga 15 Julai 2024 menerusi Portal Rasmi USIM. Berikut dikongsikan Permohonan DPPPI USIM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan DPPPI USIM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) yang dahulunya dikenali sebagai Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) telah diluluskan mulai sesi pengajian Januari 2008/2009 semasa di bawah pengurusan USIM. Program ini menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk melengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf. Selain itu, program ini juga ditawarkan khusus untuk membentuk guru yang berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketerampilan dalam pembelajaran dan pengajaran.


Permohonan DPPPI USIM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan DPPPI USIM beserta syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan DPPPI USIM 2025

◾ Tarikh Permohonan Dibuka: 15 Mei 2024 hingga 15 Julai 2024
◾ Tarikh Pendaftaran: -
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://icgs.usim.edu.my/

Cara Permohonan DPPPI USIM 2024 Online

1. Layari laman web USIM secara online menerusi pautan di https://icgs.usim.edu.my/.

2. Kemudian, anda perlu buka akaun dan lengkapkan permohonan.

3. Login masuk semula menggunakan Username dan Password yang disahkan. Klik pada butang "Login".

4. Lengkapkan permohonan anda tadi dan perlu membuat pembayaran proses sebanyak RM60.

Syarat Kelayakan DPPPI USIM 2024

Syarat kelayakan untuk mohon pengajian ini adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM 

- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid; atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti; atau
- Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon; dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; dan
- Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga yang ditetapkan.

B. SYARAT KHUSUS

- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam atau yang berkaitan dari mana-mana IPTA Tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid; dan
- Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana DUA (2) daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
– Pendidikan Islam
– Tassawur Islam
– Pendidikan Syariah Islamiyyah
– Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu mata pelajaran lain di peringkat SPM; dan
- Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

Permohonan DPPPI USIM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan DPPPI USIM, sila hubungi di:

No. Tel: 016-3447855 (En. Azmi)/ 019-2298184 (Dr.Mardhiah)
Emel: zumaiahhisam@usim.edu.my

Selamat membuat Permohonan DPPPI USIM ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke DPPPI USIM!

No comments

Powered by Blogger.