Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2024 Online (LSPM)

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2024 Online (LSPM)|BILAKAH tarikh permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM Tahun 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 29 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2024 Online (LSPM)

Sedia maklum, Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. 
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2024 Online (LSPM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara JPA beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan LSPM JPA Tahun 2024

◾ Tarikh Dibuka: 29 Mei 2024
◾ Tarikh Ditutup: 9 Jun 2024

Syarat Kelayakan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024

Antara Syarat Kelayakan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia; 
2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya 
mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian; 
3. Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
6. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat pertama kali di manamana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
6. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
7. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40

B. Syarat Khusus Calon 

1. Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
2. Memulakan pengajian Peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran semasa. 

Cara Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2020 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web JPA secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=KSPM

2. Permohonan dibuka mulai 29 Mei 2024 (Rabu), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

4. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 29 Mei 2024 (Rabu), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem eProfiling.

5. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

6. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP, Slip Pengesahan IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil 
Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2024 Online (LSPM)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel lepasanspm2024@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)

KLIK 👉 Soalan Lazim LSPM JPA 

Selamat membuat Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.