Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023|ADAKAH anda calon Lepasan SPM bagi tahun 2023? Pertama kali tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan semakan semula keputusan SPM 2023 boleh dibuat secara online menerusi laman web https://elp.moe.gov.my atau melalui Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan. Berikut dikongsikan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023 buat rujukan anda.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023


Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan semakan semula keputusan SPM 2023 termasuk cara dan kadar bayaran:

Cara Permohonan Semakan Semula Keputusan Sijil SPM 2023

1. Semakan semula keputusan sijil SPM Tahun 2023 dibuka mulai 27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024 (30 hari).

2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau melalui Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

3. Seterusnya, klik pada permohonan semakan semula keputusan.

4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran.

Info Penting:
*Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
*Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023

Takrifan Gred SPM / UPBA

Berikut dikongsikan takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia:-

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

A+ : Cemerlang Tertinggi
A : Cemerlang Tinggi
A- : Cemerlang
B+ : Kepujian Tertinggi
B : Kepujian Tinggi
C+ : Kepujian Atas
C : Kepujian
D : Lulus Atas
E : Lulus
G : Gagal

Kadar Bayaran Fi Semakan Semula Keputusan SPM 

1. Kadar bayaran semakan semula adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui:-

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Laman Web Rasmi KPM: https://www.moe.gov.my/
Laman Web Semakan Keputusan: https://myresultspm.moe.gov.my/

Selamat membuat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM tahun 2023! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM!

No comments

Powered by Blogger.