Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Bagi Pelajar Sekolah & IPT (2024)

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Bagi Pelajar Sekolah & IPT|PELAKSANAAN baucar buku RM100 ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2024 ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) boleh membuat penebusan Baucar Buku RM100 mulai 31 Mei 2024, selepas jam 2.00 petang. Berikut dikongsikan Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Bagi Pelajar Sekolah dan IPT/IPG buat rujukan anda.

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Bagi Pelajar Sekolah & IPT

Sedia maklum, menurut KPM, pengumuman tersebut mencerminkan keperihatinan beliau terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda. Seramai 1.2 juta pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) warga Malaysia menerima manfaat pemberian baucar pembelian buku RM100.


Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Bagi Pelajar Sekolah & IPT (2024)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Penebusan Baucar Buku RM100 bagi pelajar sekolah dan IPT/IPG termasuk tarikh tebus:


Tarikh Penebusan Baucar Buku RM100 

- Tarikh penebusan baucar ini boleh dibuat bermula 31 Mei 2024 jam 2.00 petang.


Senarai Penerima Baucar Buku RM100

- Murid tahun empat dan ke atas
- Pelajar sekolah menengah
- Penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
- Penuntut Institusi Pendidikan Guru (IPG)


Cara Penebusan Pelajar Sekolah 

- Penebusan baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang.

- Penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah seperti berikut:

1. Murid/pelajar log masuk "Aplikasi DELIMa" dengan menggunakan ID dan Password DELIMa. Klik pada ikon "Kota Buku Digital".

2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

3. Seterusnya, murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. Proses selesai!


Cara Penebusan Pelajar IPT & IPG 

- Pemberian baucar buku RM100 kepada golongan pelajar di IPT akan diberikan secara berperingkat bagi memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta penerima.

- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut dilaksana secara berperingkat bermula 1 Jun hingga 31 Disember.

- Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar dan KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024).

- Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di Portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training kendalian KPT iaitu https://great.mohe.gov.my bermula 1 Jun 2024 (Hari Sabtu) jam 10:00 pagi.

- Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara dalam talian di "Platform BookCapital" sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi.

- Pemilihan BookCapital di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama PBAKL 2024 adalah bagi memudahkan pengguna sepanjang berlangsungnya pesta buku itu.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Baucar Buku RM100, sila layari laman web KPM di https://www.moe.gov.my/ atau Portal KPT di https://www.mohe.gov.my/

Semoga perkongsian Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah dan IPT ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.