Permohonan BUDI Sabah 2024 Online (Bantuan Tunai Pendaftaran IPT)

Permohonan BUDI Sabah 2024 Online (Bantuan Tunai Pendaftaran IPT)|ANDA ingin mohon bantuan pelajaran atau biasiswa untuk melanjutkan pengajian di IPTA? Perhatian buat anda pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2024 dan berasal dari Sabah dan berumur tidak melebihi 25 tahun. Untuk makluman anda, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah kini mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar Sabah. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan BUDI Sabah 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan BUDI Sabah 2024 Online (Bantuan Tunai Pendaftaran IPT)

Sedia maklum, BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan. Insentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Permohonan BUDI Sabah 2024 Online (Bantuan Tunai Pendaftaran IPT)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan BUDI Sabah termasuk syarat kelayakan & jumlah bantuan:


Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut:-

🔷 Diploma/ Foundation/ Matrikulasi: RM1500

🔷 Ijazah Sarjana Muda: RM2000


Syarat Kelayakan Permohonan BUDI Sabah 2024

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:-

1. Permohonan terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2024 sepenuh masa sahaja bagi kemasukkan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.

2. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berasal dari SABAH dan berumur tidak melebihi 25 tahun.

3. Ibu bapa pemohon tergolong dalam B40 dan M40 (salah satu ibubapa mestilah berasal dari SABAH).

4. Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT.

5. Bantuan sebanyak RM1,500 bagi kelulusan Diploma/Foundation dan Matrikulasi. Manakala RM2,000 bagi Ijazah Sarjana Muda.

6. Permohonan yang diluluskan, sumbangan one off akan disalurkan ke akaun SSPN melalui PTPTN.


Cara Permohonan BUDI Sabah 2024 Online

1. Permohonan BUDI Sabah boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://budi.sabah.gov.my/login.php

2. Kemudian, klik pada butang "DAFTAR".

3. Bagi Pendaftaran Pengguna Baru, anda perlu isikan maklumat diperlukan dengan lengkap dan betul. Klik pada butang "Daftar".

4. Setelah selesai isi borang permohonan, login semula akaun dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

5. Klik pada butang "LOG MASUK".

Permohonan BUDI Sabah 2024 Online (Bantuan Tunai Pendaftaran IPT)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BUDI Sabah, anda boleh berhubung melalui butiran seperti dibawah:

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

JABATAN KETUA MENTERI

Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890 (Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati)

Selamat membuat Permohonan BUDI Sabah Tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.