Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 Online
Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan SPM Tahun 2022/2023 yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di Kolej Vokasional. Untuk makluman anda, permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 boleh dibuat secara online mulai 25 Mac 2024 sehingga 11 Jun 2024 menerusi Portal Rasmi TVET. Berikut dikongsikan Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kolej Vokasional merupakan institusi yang menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 (Ambilan Julai) termasuk syarat kemasukan, kelebihan dan tempoh pengajian:
Kelebihan Program Diploma Kolej Vokasional
Antara kelebihan yang diperoleh kepada pelajar yang memasuki kolej ini adalah seperti berikut:
1. Yuran pengajian percuma
2. Semua program telah mendapat akreditasi penuh MQA dan MBOT
3. Tempoh pengajian adalah 2 tahun + On-The-Job-Training
4. Pembudayaan inovasi dalam pengajian.
Kurikulum berteraskan industri
Tempoh Pengajian Di Kolej Vokasional
✅ Tempoh pengajian di kolej ini adalah 2 tahun bagi pengajian di peringkat Sijil dan 2 tahun 6 bulan di peringkat Diploma (termasuk 5 bulan On The Job Training).
✅ Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan murid yang dianugerahkan SVM serta melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama.
✅ Murid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai.
✅ Mereka yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat Kemasukan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023
Syarat umum kemasukan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki SPM tahun 2022 dan 2023.
3. Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan:
– Kepujian 2 mata pelajaran lain; atau
– Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3)
4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, dan lain-lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Cara Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023
1. Permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Vokasional boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan di https://mohon.tvet.gov.my.
2. Klik pada butang "Daftar" di bahagian menu diatas.
3. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul. Klik pada butang "Daftar Pengguna".
Senarai Lokasi Kolej Vokasional
Lokasi kolej dan kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Johor
K. Vokasional ERT Azizah
K. Vokasional Batu Pahat
K. Vokasional Muar
K. Vokasional Kluang
K. Vokasional Segamat
K. Vokasional Kota Tinggi
2. Melaka
K. Vokasional Melaka Tengah
K. Vokasional Jasin
3. Negeri Sembilan
K. Vokasional Ampangan
K. Vokasional Juasseh
K. Vokasional Pork Dickson
K. Vokasional Dato Maharaja Lela
4. Selangor
K. Vokasional Klang
K. Vokasional Shah Alam
K. Vokasional Gombak
K. Vokasional Kajang
K. Vokasional Kuala Selangor
K. Vokasional Sepang
K. Vokasional Sungai Buloh
5. Kuala Lumpur
K. Vokasional ERT Setapak
K. Vokasional Labuan
K. Vokasional Setapak
6. Perak
K. Vokasional Gerik
K. Vokasional Ipoh
K. Vokasional Seri Manjung
K. Vokasional Taiping
K. Vokasional Teluk Intan
7. Pulau Pinang
K. Vokasional Balik Pulau
K. Vokasional Seberang Perai
K. Vokasional Butterworth
K. Vokasional Nibong Tebal
K. Vokasional Batu Lanchang
8. Kedah
K. Vokasional Kulim
K. Vokasional Pulau Langkawi
K. Vokasional Alor Setar
K. Vokasional Sungai Petani 1
K. Vokasional Sungai Petani 2
9. Perlis
K. Vokasional Arau
K. Vokasional Kangar
10. Kelantan
K. Vokasional Bachok
K. Vokasional Pasir Mas
K. Vokasional Tanah Merah
K. Vokasional Pengkalan Chepa
11. Terengganu
K. Vokasional Besut
K. Vokasional Dungun
K. Vokasional Kemaman
K. Vokasional Wakaf Tembesu
K. Vokasional Kuala Berang
12. Pahang
K. Vokasional ERT Puteri
K. Vokasional Muadzam Shah
K. Vokasional Temerloh
K. Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah
K. Vokasional Pertanian Chenor
13. Sabah
K. Vokasional Keningau
K. Vokasional Beaufort
K. Vokasional Lahad Datu
K. Vokasional Tawau
K. Vokasional Sandakan
K. Vokasional Kudat
14. Sarawak
K. Vokasional Miri
K. Vokasional Sibu
K. Vokasional Kuching
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023, sila hubungi di talian 03-8884 5067 atau 03-8884 5154.
Semoga perkongsian Permohonan Program Diploma Kolej Vokasional Lepasan SPM 2022/2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment