Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)|ADAKAH anda ingin membuat permohonan rayuan Tingkatan Enam (6) bagi tahun 2024? Panduan buat anda pemohon yang gagal dalam tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (Form 6) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan rayuan Tingkatan 6 Tahun 2024 boleh dibuat secara online mulai 21 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024 menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Permohonan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Sedia maklum, bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan Tingkatan Enam, anda boleh membuat permohonan rayuan. Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 ambilan 2024 boleh dibuat secara online mulai bulan Julai 2024.


Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan rayuan Tingkatan 6 termasuk semakan keputusan rayuan:

Tarikh Penting Permohonan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2024

◾Tarikh Permohonan Rayuan: 21 Jun 2024 - 1 Julai 2024
◾Aplikasi Permohonan Rayuan: https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm

Cara Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online

🔵 RAYUAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA KE TINGKATAN ENAM BAGI CALON SPM TAHUN 2023 SECARA MANUAL (AUTONOMI PENGETUA) 🔵

A. MAKLUMAT UMUM

1. Lepasan SPM yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 boleh memuat turun borang rayuan dalam talian melalui https://sst6.moe.gov.my/ mulai 21 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024.

2. Borang rayuan boleh diperolehi dari JPN/PPD/PTE yang berhampiran.

3. Pengisian borang manual ini tidak terpakai bagi calon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian.

4. Calon yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2024 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2023, tetapi berjaya mendapat kepujian dalam peperiksaan SPM Ulangan boleh membuat rayuan pada tahun berikutnya.

5. Keputusan dan penempatan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Rayuan Autonomi Pengetua dalam tempoh yang ditetapkan.

6. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat rayuan kemasukan murid warganegara seperti yang dinyatakan pada perkara 3.4.

7. Kelulusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

8. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

B. PROSES KERJA

1. Murid membuat permohonan dengan mengisi borang rayuan (LAMPIRAN 1). Borang rayuan boleh diperoleh melalui https://sst6.moe.gov.my/, JPN, PPD dan PTE.

2. Borang rayuan yang lengkap diisi perlu dihantar ke PTE pilihan.

3. Borang ini hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:
a. slip keputusan peperiksaan SPM 2023;
b. sijil kelahiran;
c. kad pengenalan/pasport;
d. sijil berhenti sekolah;
e. pelaporan PAJSK; dan
f. dokumen lain yang berkenaan

4. Pengetua PTE perlu mengeluarkan surat pemakluman keputusan rayuan kepada semua pemohon yang berjaya.

5. Calon yang berjaya perlu menyimpan surat tawaran.

6. Murid perlu melapor diri di PTE mengikut tarikh yang dimaklumkan dalam surat tawaran. Kelulusan permohonan rayuan akan terbatal sekiranya murid tidak melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan.

C. TEMPOH RAYUAN

1. Tempoh permohonan rayuan melalui autonomi pengetua dibuka mulai 21 Jun hingga 1 Julai 2024;

2. Jawatankuasa perlu memproses permohonan rayuan bermula 21 Jun hingga 7 Julai 2024;

3. Surat keputusan rayuan perlu dikeluarkan kepada semua pemohon selewat-lewatnya pada 14 Julai 2024; dan

4. Murid melapor diri pada 15 Julai 2024 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Panduan Mengisi Borang Tukar Bidang Tingkatan 6 Tahun 2024 (T6BRTB)

1. Borang T6BRTB ini adalah untuk kegunaan murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2024.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:
a. slip keputusan peperiksaan SPM 2023;
b. inventori minat kerjaya; dan
c. dokumen yang berkaitan.

3. Permohonan tukar bidang boleh dibuat mulai 3 hingga 5 Julai 2024.

4. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

5. Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 14 Julai 2024 oleh pihak sekolah.

6. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

7. Borang permohonan rayuan tukar bidang (T6BRTB) adalah seperti pada LAMPIRAN 3.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 Online (Keputusan Rayuan)

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2024

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2024:


2. Masukkan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan. Klik pada butang "Semak".

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Tingkatan 6, sila layari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 
62604 Putrajaya.

No. Telefon: 03-8884 9370
No. Fax: 03-8888 6671

Selamat membuat Permohonan Rayuan Tingkatan 6 tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam!

No comments

Powered by Blogger.