Semakan Keputusan eUKCG 2024 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru)

Semakan Keputusan eUKCG 2024 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru)|BILAKAH tarikh semakan keputusan eUKCG sesi 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat anda Lepasan SPM dan STAM yang ingin membuat semakan keputusan eUKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) IPG ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan eUKCG sesi 2024 boleh dibuat secara online mulai 13 Jun 2024 (Jam 5:00 petang) menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan eUKCG 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan eUKCG 2024 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru)

Sedia maklum, sebagai syarat memasuki IPG, pemohon perlu melepasi peringkat tapisan sebelum ke peringkat panggilan temuduga. Ujian Kelayakan Calon Guru dibahagikan kepada dua (2) sesi iaitu Sesi Ujian Bertulis dan Sesi Ujian Kecergasan Fizikal. UKCG merupakan ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru. Manakala, e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.


Semakan Keputusan eUKCG 2024 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan  tarikh dan aplikasi semakan keputusan eUKCG IPG:

Tarikh Penting Semakan Keputusan UKCG IPG 2024

◾Tarikh Semakan: 13 Jun 2024 (Jam 5 petang)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/

Cara Semakan Keputusan eUKCG 2024/2025 Online 

1. Semakan keputusan UKCG IPG boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://pismp.moe.gov.my/.

2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. 

3. Klik pada butang "Log Masuk".

Info Penting:
*Calon yang telah menerima keputusan semakan semula SPM sebelum 9 Jun 2024, boleh menyemak keputusan layak temuduga & UKF pada 17 Julai 2024 (jam 5:00 petang)

Info Penting Berkaitan Semakan Keputusan UKCG, Temuduga & Pendaftaran 

1. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

2. Calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

A. UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ( UKCG) (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)

- Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online, Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

B. PEMILIHAN

- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

3. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

- Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
- Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani
- Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

4. Sesi Temuduga IPG

- Calon lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temuduga dan proses temuduga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

5. Pemilihan Calon Guru

- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

6. Pendaftaran IPG

- Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh KPM pada 26 Ogos 2024.

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UKCG IPG, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Tel: 03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693 (Isnin-Jumaat: Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)

Selamat membuat Semakan Keputusan UKCG IPG tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya lulus untuk dipanggil sesi temuduga IPG!

No comments

Powered by Blogger.