Semakan Panggilan Temuduga IPG & UKF 2024 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Semakan Panggilan Temuduga IPG & UKF 2024 Online|BILAKAH tarikh panggilan temuduga IPG & UKF tahun 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat Lepasan STPM dan Matrikulasi yang telah membuat permohonan kemasukan IPG untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) ambilan tahun 2024/2025. Merujuk kepada kalendar IPG tahun 2024, semakan panggilan temuduga IPG & UKF 2024 (Lepasan STPM) boleh dibuat secara online mulai 17 Julai 2024 (Jam 5:00 petang). Berikut dikongsikan Semakan Panggilan Temuduga IPG & UKF 2024 Online buat rujukan anda.

Semakan Panggilan Temuduga IPG & UKF 2024 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Sedia maklum, nama pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga IPG boleh disemak setelah tamatnya Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Semakan Panggilan Temuduga IPG & UKF 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan panggilan temuduga PISMP IPG:

Tarikh Penting Semakan Temuduga IPG 2024

◾Tarikh Semakan: 17 Julai 2024 (Jam 5 petang)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/

Cara Semakan Panggilan Temuduga PISMP 2024

1. Semakan panggilan temuduga IPG boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://pismp.moe.gov.my/.

2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Log Masuk".

3. Keputusan layak temuduga IPG & UKF akan dipaparkan di screen anda.

Semakan Panggilan Temuduga IPG & UKF 2024 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Info Penting:
*Calon yang telah membuat semakan semula SPM dan menerima keputusan sebelum 9 Jun 2024, juga boleh menyemak keputusan layak temuduga & UKF pada 17 Julai 2024 (jam 5:00 petang)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PISMP, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693 (Isnin-Jumaat: Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)

Selamat membuat Semakan Panggilan Temuduga IPG tahun 2024! Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga IPG!

No comments

Powered by Blogger.