Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru

Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru|APAKAH laluan mudah untuk menjadi seorang guru samada di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah? Panduan buat anda yang ingin ketahui laluan mudah untuk menjadi seorang guru di Malaysia. Untuk makluman anda, walaupun profesion perguruan terkenal dengan pelbagai cabaran, namun ia tetap tidak mematahkan semangat anak-anak muda untuk bergelar seorang pendidik. Berikut dikongsikan Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru buat rujukan anda.

Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru

Sedia maklum, ramai antara mereka di luar sana yang berminat untuk menjadi guru. Tidak kiralah sama ada pelajar lepasan SPM mahupun yang sudah memiliki segulung ijazah. Profesion perguruan ini sangat disanjung tinggi di mata masyarakat. Lihat sahaja jika guru sudah bersara, mereka tetap akan dipanggil cikgu hingga ke akhir hayat mereka berbanding kerjaya yang lain. Oeh itu, kami kongsikan 9 laluan yang boleh digunakan untuk bergelar seorang pendidik kepada anak bangsa. Laluan tersebut bermula selepas anda menamatkan pengajian di peringkat SPM sehingga ke mana anda akan ditempatkan sama ada di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) selepas ditauliahkan sebagai seorang guru.


Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru:


9 Laluan Mudah Untuk Menjadi Guru

1. Laluan Pertama 

Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 5A, mohon ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kemudiannya menjadi guru Sekolah Kebangsaan (SK).

2. Laluan Kedua

Memiliki minimun SPM 5A, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mohon ke IPGM di bawah PISMP yang kemudiannya menjadi guru SK.

3. Laluan Ketiga

Memiliki minimun SPM 5A, Jayyid Jiddan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mohon ke IPGM di bawah PISMP, kemudian menjadi guru SK.

4. Laluan Keempat

Memiliki minimun SPM 5A, matrik PNGK 3.5, mohon ke IPGM di bawah PISMP kemudiannya menjadi guru SK.

5. Laluan Kelima

Memiliki minimun SPM 5A, matrikulasi, mohon ke universiti yang menawarkan program khusus dalam bidang pendidikan sekali gus menjadi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

6. Laluan Keenam

Memiliki minimun SPM 5A, STPM, mohon ke universiti yang menawarkan program khusus dalam bidang pendidikan sekali gus menjadi guru SMK.

7. Laluan Ketujuh

Memiliki minimun SPM 5A, diploma, mohon ke universiti yang menawarkan program khusus dalam bidang pendidikan sekali gus menjadi guru SMK.

8. Laluan Kelapan

Ijazah (bukan pendidikan), mohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan menjadi guru SMK.

9. Laluan Kesembilan

Ijazah (Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Setara), mohon program Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (J-QAF) sekali gus berkhidmat sebagai guru J-QAF SK.

Semoga perkongsian Senarai Laluan Mudah Untuk Menjadi Seorang Guru ini dijadikan rujukan buat anda semua!

Credit Artikel Asal: FB Mohd Zakry Abd Rahim

No comments

Powered by Blogger.