Harga & Cara Langgan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024
Harga & Cara Langgan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024|APA itu Pakej Rahmah Prabayar Siswa? Bagaimana cara melanggan Pakej Rahmah Prabayar Siswa? Perhatian buat anda para pelajar yang ingin ketahui senarai harga pakej, cara daftar dan melanggan Pakej Rahmah Prabayar Siswa tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Langgan & Harga Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024 buat rujukan anda.
Sedia maklum, pakej istimewa ini diperkenalkan adalah khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih. Pakej RAHMAH Prabayar Siswa merupakan pakej yang ditawarkan kepada siswa pada harga tidak lebih RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari. Ini adalah usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit, sejajar hasrat kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar ketika sesi pengajian dan pembelajaran.
Harga & Cara Langgan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Harga, Cara Daftar & Langgan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024:
Tarikh Pendaftaran
- Para pelajar yang layak boleh mula melanggan Pakej Rahman Prabayar Siswa ini mulai 16 Ogos 2024.
Jenis Pakej
1. Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan dijual pada ada harga tidak lebih RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
2. Pakej menarik untuk golongan siswa ini boleh direalisasikan hasil kerjasama kerajaan dengan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).
Cara Melanggan Pakej Rahmah Prabayar Siswa (2024)
1. Perincian cara melanggan pakej Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan diperincikan oleh setiap syarikat penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian di laman web rasmi masing-masing.
2. Cara melanggan pakej ini akan diperincikan oleh setiap syarikat penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian di laman web rasmi masing-masing:
◾CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/
◾Maxis: https://www.maxis.com.my/
◾Umobile: https://www.u.com.my/
◾TM Tech: https://www.tm.com.my/
◾YES: https://www.yes.my/
Senarai IPT Yang Layak
- Memandangkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini diperkenalkan khusus untuk golongan siswa, maka para pelajar daripada IPT tertentu layak untuk melanggan apabila pendaftaran dibuka kelak.
- Senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih pula bakal dimaklumkan melalui laman sesawang Kementerian Komunikasi di alamat www.komunikasi.gov.my.
- Pakej ini bakal boleh dilanggan oleh semua pelajar di IPTA dan ILKA.
Senarai Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi
Terdapat 5 penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat dalam pakej ini iaitu:
🔷 CelcomDigi
🔷 Maxis
🔷 U Mobile
🔷 TM Tech
🔷 YTL Communications (YES)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa, sila rujuk laman web http://www.komunikasi.gov.my.
🔷 Soalan Lazim: Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Semoga perkongsian Cara Daftar dan Langgan Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment