Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 (Tarikh Penting)

Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 (Tarikh Penting)|ANDA pelajar Matrikulasi KPM di Malaysia? Panduan buat anda pelajar Matrikulasi yang ingin ketahui Kalendar & Tarikh Penting Akademik Matrikulasi KPM ambilan tahun 2024/2025. Berikut dikongsikan Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 buat rujukan anda.

Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 (Tarikh Penting)

Sedia maklum, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Pelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 (Tarikh Penting)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Penting dan Kalendar Akademik Matrikulasi KPM 5 2024/2025:


Tarikh Melapor Diri

Tarikh melapor diri bagi pengambilan baru dan rayuan bagi Matrikulasi KPM 2024/2025 adalah seperti berikut:

◾30 Jun 2024: Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)

◾1 Julai 2024: Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)

◾11 dan 12 Julai 2024: Calon Permohonan Rayuan

Info Penting:

*Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui lokasi kampus Matrikulasi yang ditempatkan serta bidang pengajian yang ditawarkan


Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Tahun 2024/2025

Perincian kalendar akademik Martikulasi KPM sesi 2024/2025 yang mengandungi tarikh kuliah, cuti, minggu ulangkaji dan peperiksaan boleh dilihat melalui jadual dibawah:

i) Semester I/III

Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 (Tarikh Penting)

ii) Semester II/IV

Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 (Tarikh Penting)


Tarikh Penting Cuti Perayaan Di Malaysia 

Tarikh cuti perayaan bagi pelajar Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:

◾Hari Raya Aidilfitri : 10 & 11 April 2024 – Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2023/2024

◾Pesta Kaamatan : 30 & 31 Mei 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024 

◾Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 1 & 2 Jun 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024 

◾Hari Raya Aidiladha : 17 Jun 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024 

◾Hari Deepavali : 31 Oktober 2024 

◾Hari Krismas : 25 Disember 2024 – Dalam Cuti Khas Semester II/IV Sesi 2024/2025 

◾Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 - Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2024/2025 (1) 

◾Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 : 31 Mac & 1 April 2025 - Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2024/2025 (2)


Muat Turun Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025

Anda boleh muat turun Kalendar Akademik Matrikulasi menerusi pautan dibawah:

KLIK 👉 Kalendar Akademik Matrikulasi KPM


Artikel Berkaitan:

👉 Cara Kira Pointer Matrikulasi KPM


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Program Matrikulasi, boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083 atau layari Portal Rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/.

Semoga perkongsian Kalendar Akademik Matrikulasi KPM 2024/2025 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.