Permohonan BAIK Sabah 2024 Online (Bantuan Ihsan Komputer)

Permohonan BAIK Sabah 2024 Online (Bantuan Ihsan Komputer)|ANDA ingin mohon Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah bagi tahun 2024? Berita baik buat anda pelajar IPT berasal dari Sabah yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah Tahun 2024 bagi yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk makluman anda, kini permohonan BAIK Sabah 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi BAIK Sabah. Berikut dikongsikan Permohonan BAIK Sabah 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan BAIK Sabah 2024 Online (Bantuan Ihsan Komputer)

Sedia maklum, BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran. Kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2024 untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pelajar yang berminat untuk mendapatkan bantuan komputer ini adalah dialu-alukan memohon. Program ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


Permohonan BAIK Sabah 2024 Online (Bantuan Ihsan Komputer)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah termasuk syarat kelayakan dan dokumen sokongan:


Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Komputer Sabah 2024

Antara Syarat Kelayakan Permohonan BAIK Sabah Tahun 2024 adalah seperti berikut:

1. Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

2. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.

3. Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.

4. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih.

5. Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.

6. Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa), Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa), Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah), Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.


Cara Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah 2024 Online

1. Permohonan BAIK Sabah boleh dibuat secara online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/

2. Kemudian, pada bahagian bawah halaman tersebut, klik pada butang "Permohonan".

3. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

4. Pastikan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

5. Klik pada butang "Submit" untuk menghantar permohonan anda.

Permohonan BAIK Sabah 2024 Online (Bantuan Ihsan Komputer)


Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut:-

- Surat beranak (pemohon dan ibu bapa)

- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (pemohon & ibu bapa)

- Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)

- Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

- Surat Pengesahan telah berdaftar daripada Universiti tempat belajar pemohon


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau layari laman web https://baik.sabah.gov.my/

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

JABATAN KETUA MENTERI

Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Tel: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890 (Puan Jurianah, Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati)

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Sabah Tahun 2024 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.