Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 Online

Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 bakal dibuka? Untuk makluman anda, pelajar Tingkatan 6 Semester 1 yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan borang permohonan perlu dihantar sebelum 31 Julai 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 Online

Sedia maklum, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan kepada Tingkatan 6 Semester 1 untuk sekolah luar Wilayah Persekutuan. MAIWP adalah institusi telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh MAIWP adalah Bantuan Am Persekolahan yang diperkenalkan khusus kepada Tingkatan 6 Semester 1 yang bersekolah di sekolah luar Wilayah Persekutuan.


Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 termasuk syarat kelayakan:


Tarikh Penting Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 (2024)

◾Tarikh Permohonan: 1 hingga 31 Julai 2024

◾Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://www.maiwp.gov.my/


Syarat Kelayakan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 (2024)

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.

2. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.

3. Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.

4. Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2024.


Cara Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024

1. Muat turun borang permohonan secara online di pautan https://www.maiwp.gov.my/ atau mendapatkan borang permohonan di Cawangan PAZA MAIWP.

2. Kemudian, isikan borang permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap. Hantar borang permohonan samada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Am Persekolahan MAIWP, sila hubungi pihak MAIWP di talian seperti dibawah:

Kuala Lumpur: 019-2008458

Putrajaya: 011-59496216

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6 Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.