Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024 Online

Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024 Online|ANDA ingin bantuan laptop percuma? Berita baik buat pelajar kelahiran Negeri Sarawak yang berkelayakan membuat permohonan bantuan laptop percuma dan baucar buku Yayasan Sarawak Tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan bantuan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak bermula pada 1 Julai 2024 sehingga 14 Ogos 2024 menerusi Portal Rasmi Yayasan Sarawak. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak Online 2024

Sedia maklum, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bantuan laptop percuma dan baucar buku melalui Biasiswa Yayasan Sarawak 2024/2025 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.


Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak termasuk syarat kelayakan:


Insentif Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak

Terdapat dua insentif yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan iaitu:-

🔷 LAPTOP PERCUMA

🔷 BAUCAR BUKU


Tarikh Permohonan

- Tarikh permohonan bantuan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak adalah bermula pada 1 Julai 2024 hingga 14 Ogos 2024.


Cara Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024

A. LAPTOP PERCUMA

i. Syarat Permohonan Laptop Percuma 

- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak

- Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS seluruh Malaysia

- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah

ii. Cara Permohonan 

- Layari Laman Web Yayasan Sarawak secara online menerusi pautan di https://myys.yayasansarawak.org.my

- Daftar dan login menggunakan "Sarawak ID".

- Kemudian, isikan butiran anda pada borang permohonan.

- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ditandatangani oleh pihak institusi anda. Hantar Surat Pengesahan anda.

- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda.

- Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon). Sekiranya permohonan anda diluluskan, sila muat turun Aplikasi My-Yayasan Customer App dan perlu kemaskini alamat anda.

- Laptop percuma akan dihantar ke alamat anda dalam tempoh 8-10 minggu selepas mendapat kelulusan.

Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak Online 2024

B. BAUCAR BUKU

i. Syarat Permohonan Baucar Buku 

- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak

- Peringkat Asasi hingga PhD di IPTA & IPTS seluruh Malaysia layak memohon

- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah

ii. Cara Permohonan 

- Layari Laman Web Yayasan Sarawak secara online menerusi pautan di https://myys.yayasansarawak.org.my

- Daftar dan login menggunakan "Sarawak ID".

- Kemudian, isikan butiran anda pada borang permohonan.

- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ditandatangani oleh pihak institusi anda.

- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda.

- Semak status permohonan anda. Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan mendapat akses RM500 kredit percuma dalam "wonderbuuk.com".

- Anda boleh membuat pembelian buku dan e-buku menggunakan baucar buku ini.

Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak Online 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk laman web Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my atau Facebook Rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, 

Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 

93050 Kuching, Sarawak

MALAYSIA.

No. Tel: 6082-441686

Emel: ys@yayasansarawak.org.my

Whatsapp Hotline:

+6019 815 1686 (Pembiayaan Pendidikan)

+6013 803 1158 (Bayaran Balik Pinjaman)

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.