Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)

Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)|BILAKAH tarikh permohonan WTU MARA tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar yang berkelayakan membuat permohonan WTU MARA Tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan WTU MARA 2024 boleh dibuat secara online mulai 15 hingga 29 Julai 2024 menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan WTU MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)

Sedia maklum, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti terbaik dunia menerusi World Top University Programme (WTU) 2024. WTU merupakan program pinjaman pelajaran yang dilaksanakan untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi profesional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif serta boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Program ini menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian di universiti terbaik dunia.


Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan WTU MARA termasuk syarat kelayakan, bidang pengajian dan semakan keputusan:


Tempoh Pinjaman WTU

Tempoh pinjaman bagi program ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pemohon sedia ada, baki tempoh pengajian adalah tidak kurang dari 1 tahun.


Senarai Bidang Pengajian Yang Ditaja 

Senarai bidang yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)

Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)

Syarat Kelayakan Permohonan WTU MARA 2024

Antara syarat untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi program ini adalah seperti berikut:

1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.

2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024:

– Ijazah Sarjana Muda tidak melebihi 30 tahun

3. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.

4. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis

5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalamn senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.

6. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran WTU.

7. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atas masalah akademik/disiplin.

8. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan/bekerja perlu mendapat pelepasan/kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.

9. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan diberikan tawaran pengajian ke luar negara.

10. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.


Cara Permohonan WTU MARA 2024 Online

1. Layari Portal Rasmi MARA secara online menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.

2. Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program. 

3. Pemohon hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap sebelum permohonan dihantar. 

4. Permohonan yang telah dihantar TIDAK boleh diubah dan dikemaskini. 

5. Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan. 

6. Permohonan yang tidak lengkap, lewat atau/dan tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

7. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar di sistem MyEduloan dari semasa ke semasa.

8. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

9. Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran sahaja perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak MARA dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA atau pada tempoh yang akan ditetapkan.

Permohonan WTU MARA 2024 Online (Program Universiti Terbaik Dunia)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan WTU MARA, sila Layari Portal Rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan WTU MARA Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.