Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN & LSPM JPA 2024 Online

Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN & LSPM JPA 2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Biasiswa JPA tahun 2024 bakal diumumkan? Berita baik buat anda pelajar Lepasan SPM yang ingin ketahui semakan keputusan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ), Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Lepasan SPM (LSPM) Tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan JKPJ, PPN dan LSPM JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 26 Julai 2024 (Hari Jumaat) jam 5:00 petang sehingga 30 Julai 2024 menerusi Portal Rasmi eSila JPA. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN dan LSPM JPA 2024 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN & LSPM JPA 2024 Online

Sedia maklum, Program penajaan JKPJ dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2023 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan. Bagi penajaan PPN, calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Manakala, bagi calon Penajaan LSPM yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN & LSPM JPA 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan Biasiswa JKPJ, PPN dan LSPM JPA:

Tarikh Penting Semakan Keputusan JKPJ, PPN & LSPM Tahun 2024

◾Tarikh Semakan: 26 Julai 2024 (Hari Jumaat) jam 5:00 petang sehingga 30 Julai 2024 (Hari Selasa)
◾Aplikasi Semakan:

Cara Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN dan LSPM JPA 2024 Online

1. Layari Portal Rasmi eSila JPA secara online menerusi pautan seperti dibawah:-

🔷 Program Penajaan Nasional (PPN) 👉 https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=PPN

🔷 Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) 👉 https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=KSPM

🔷 Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) 👉 https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=JKPJ

2. Untuk "Log Masuk", sila gunakan Kata Laluan yang sama seperti semasa permohonan biasiswa dilakukan.

3. Keputusan tawaran Penajaan JKPJ, PPN dan LSPM JPA anda akan dipaparkan di screen.

Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN & LSPM JPA 2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa JPA, sila hubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi 
hingga 4.30 petang)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Selamat membuat Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ, PPN dan LSPM JPA Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa JPA!

No comments

Powered by Blogger.