Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 Online

Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Ujian MUET Sesi 1 bagi tahun 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat para pelajar yang telah menduduki Ujian MUET (Malaysian University English Test) Sesi 1 tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 boleh dibuat secara online mulai 11 Julai 2024 (Hari Khamis) jam 10:00 pagi menerusi Portal Rasmi MPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Ujian Muet Sesi 1 2024 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 Online


Sedia maklum, Malaysian University English Test atau lebih dikenali sebagai (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tujuan Ujian MUET ini diperkenalkan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.


Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi semakan keputusan Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2024:

Tarikh Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 Diumumkan

Berikut dikongsikan Tarikh Keputusan Ujian MUET Sesi 1 tahun 2024:

◾Tarikh Semakan: 11 Julai 2024 (Hari Khamis) jam 10:00 pagi
◾Aplikasi Semakan: https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/

Cara Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024

A. Melalui Secara Online

1. Semakan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MPM melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan seperti yang didaftarkan dan klik pada butang 'Submit'.

3. Keputusan Peperiksaan MUET akan dipaparkan di screen anda.

B. Melalui SMS

◾Taipkan:-
MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantarkan ke 15888

Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2024 Online

Band Pemarkahan

Pemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:

 Jumlah Markah      Band

   331 – 360                5+
   294 – 330                5.0
   258 –293                4.5
   211 –257                4.0
   164 – 210                    3.5
   123 – 163                3.0
    82 – 122                2.5
     36 – 81                2.0
       1 – 35                1.0

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Ujian MUET, sila hubungi di:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves, Selangor

No. Tel: 03-61261600
Emel: muet@mpm.edu.my
Web: www.mpm.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat keputusan Ujian MUET dengan cemerlang!

No comments

Powered by Blogger.