Cara Daftar & Tarikh Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 Online

Cara Daftar & Tarikh Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 Online|BILAKAH tarikh Peperiksaan MUET tahun 2024 bakal diadakan? Perhatian buat calon yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran Ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2024. Menerusi Portal Rasmi MPM, tarikh pendaftaran Ujian MUET Sesi 3 2024 adalah mulai 8 Ogos 2024 sehingga tarikh tutup 15 September 2024. Berikut dikongsikan Cara Pendaftaran & Tarikh Ujian MUET Tahun 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar & Tarikh Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 Online


Cara Daftar & Tarikh Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar Peperiksaan MUET termasuk tarikh ujian dan yuran pendaftaran:


Tarikh Pendaftaran Peperiksaan MUET Tahun 2024

◾Tarikh pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi 3 Tahun 2024 adalah mulai 8 Ogos 2024 sehingga 15 September 2024.


Kalendar Ujian MUET Tahun 2024 (Sesi 3)

Tarikh ujian MUET tahun 2024 seperti yang ditetapkan adalah berikut:

A. TARIKH UJIAN BERTULIS (WRITTEN)

- 7 Disember 2024

B. TARIKH UJIAN LISAN (SPEAKING)

- 3, 4, 5, 9, 10 dan 12 Disember 2024

◾Pendaftaran calon sekolah dan calon institusi adalah secara dalam talian melalui Portal MPM https://muet.mpm.edu.my atau https://www.mpm.edu.my/

◾Pendaftaran calon persendirian individu adalah secara dalam talian melalui pautan di https://muetj3.mpm.edu.my


Kadar Bayaran Ujian MUET

1. Bayaran untuk menduduki Ujian MUET adalah seperti berikut:-

◾Warganegara: RM150

◾Bukan Warganegara: RM350

2. Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu:

- Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan di https://muet.mpm.edu.my.


Cara Pendaftaran Ujian MUET 2024 Online 

1. Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online menerusi Portal Rasmi MPM di https://muet.mpm.edu.my/registration.

2. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan.

3. Anda perlu buat bayaran mengikut kaedah yang tertera.

Cara Daftar & Tarikh Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 Online

Komponen Peperiksaan MUET

Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:

Kod Kertas           Nama Kertas

800/1              Listening (50 minit)

800/2              Speaking (30 minit)

800/3              Reading (75 minit)

800/4              Writing (75 minit)


Semakan Keputusan Ujian MUET Tahun 2024

1. Tarikh keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi semua sesi 2024 akan diumumkan dari semasa ke semasa.

2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:

🔷 KAEDAH 1: SEMAKAN ONLINE

- Melalui pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/ atau http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/

🔷 KAEDAH 2: SEMAKAN SMS

- Taipkan MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.


Artikel Berkaitan:

👉 Contoh Soalan Ujian MUET


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MUET, sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di https://www.mpm.edu.my/ atau hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke alamat psm@mpm.edu.my

Semoga perkongsian Cara Pendaftaran & Tarikh Peperiksaan MUET Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.