Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024

Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024|SATU pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam telah dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2. Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024

Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kalkulator kira gaji baru penjawat awam (SSPA) tahun 2024 termasuk tarikh dan fasa pelarasan gaji SSPA:


Tarikh Pelaksanaan & Fasa Pelarasan Gaji SSPA Tahun 2024-2026

1. Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

2. PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

3. Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

4. Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2.

🔷 Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan Profesional:

◾Fasa 1 (1 Dis 2024) : 8%

◾Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%

🔷 Kumpulan Pengurusan Tertinggi:

◾Fasa 1 (1 Dis 2024) : 4 %

◾Fasa 2 (1 Jan 2026) : 3 %


Simulasi Jumlah Pendapatan Bulanan Selepas Kenaikan Gaji

Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024

Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024

Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) Online (2024)

1. Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses secara online menerusi pautan di https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

2. Masukkan Gaji Hakiki Pada 30 November 2024 pada ruangan yang disediakan.

3. Pilih Kumpulan Perkhidmatan dan Gred Jawatan anda.

4. Kemudian, klik pada butang "Kira".

Kalkulator Kira Gaji Baru Penjawat Awam (SSPA) Tahun 2024

Semoga perkongsian Kalkulator Kira Gaji Penjawat Awam SSPA Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.