Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP ambilan tahun 2024. Untuk makluman, permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 boleh dibuat secara online mulai 19 Ogos 2024 sehingga 30 Ogos 2024 melalui Portal Rasmi MAIWP. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Ibu bapa daripada Wilayah Persekutuan yang mempunyai anak bersekolah di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024. Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa meringankan beban persekolahan anak-anak golongan asnaf bagi mendapatkan peluang pendidikan yang sempurna. Dengan adanya bantuan ini, ianya dapat membantu ibu bapa terutamanya dalam membeli kelengkapan persekolahan serta pembiayaan pendidikan anak mereka.
Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:Tarikh Penting Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024
◼️ Tarikh Dibuka: 19 Ogos 2024◼️ Tarikh Ditutup: 30 Ogos 2024
Syarat Kelayakan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024
Antara Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Warganegara Malaysia.
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
4. Tertaktul kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.
5. Telah tamat sekolah rendah tahun 6 sesi 2023 dengan mendapat Tahap Penguasaan Pentaksiran Maksimum TP4 bagi 5 subjek termasuk Bahasa Melayu.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
- Satu salinan kad pengenalan pelajar.
- Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan /surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
- Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
- Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan
masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
- Satu salinan sijil kematian ibu / bapa.*
- Satu salinan kad memeluk Islam.*
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
- Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
- Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
- Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar
sekolah menengah.
Cara Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui borang permohonan yang boleh didapati melalui https://www.maiwp.gov.my/ atau cawangan PAZA MAIWP.
2. Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar ke cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 3 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya.
Semakan Keputusan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP 2024
Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP tahun 2024:
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Sekolah MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.
Selamat membuat Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP tahun 2024 secara online!
Post a Comment