Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024 Online

Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan TM tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda para pelajar yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & Yayasan Telekom Malaysia (YTM) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Future Leaders YTM 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 13 September 2024 menerusi Portal Rasmi TM. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan TM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024 Online

Sedia maklum, Biasiswa ‘Future Leaders’ Yayasan Telekom Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor tahun 2024 ditawarkan kepada palajar yang memerlukan biasiswa untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Biasiswa Future Leaders merupakan biasiswa yang diwujudkan oleh Yayasan Telekom Malaysia kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Ianya ditawarkan menerusi kerjasama dengan Yayasan Selangor khusus kepada anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di IPT.


Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan TM beserta syarat kelayakan:

Syarat Kelayakan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Pemohon merupakan PELAJAR TAHUN PERTAMA IJAZAH SARJANA MUDA yang sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor atau Universiti Islam Selangor atau Universiti Multimedia (MMU) yang mengambil kursus pengajian berkaitan Teknologi dan Digital.

2. Pemohon tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.

3. Umur tidak melebihi 25 tahun.

4. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia

5. Pemohon/Ibu/bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

6. Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor.

7. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.

8. Lepasan SPM/STPM/ASASI/MATRIK/DIPLOMA.

9. Pencapaian minimum 6A bagi pemohon lepasan SPM.

10. Pencapaian minimum CGPA 3.3 bagi pemohon selain lepasan SPM.

11. Cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kokurikulum/sukan

12. Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan

13. Pemohon yang pernah mendapat tajaan Yayasan Selangor di peringkat menengah melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) / ‘High Potential Student’ (HIPERS) / Program Tingkatan Enam (PTE) perlu melampirkan Salinan Sijil Anak Yayasan sebagai pengesahan.

14. Semua permohonan akan disaring dan disenarai pendek oleh Yayasan Selangor sebelum diserahkan kepada Yayasan Telekom Malaysia yang akan menentukan Senarai Penerima Akhir yang akan ditawarkan penajaan.

Cara Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024

1. Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Biasiswa ‘Future Leaders’ yang boleh dimuat turun dari Portal Yayasan Selangor di http://yayasanselangor.org.my/

2. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu diserahkan melalui serahan tangan atau pos berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 September 2024 jam 4.00 petang di alamat:-

Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor No.18A,
Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Future Leaders, sila hubungi di talian 03-7669 1153/1188/1213 atau emel ke alamat tajaan@yselangor.com.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM Tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.