Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) Tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Ogos 2024 sehingga tarikh tutup 19 September 2024 menerusi Portal Rasmi Bursa Malaysia. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online

Sedia maklum, Yayasan Bursa Malaysia telah menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) yang terpilih dalam negara sejak tahun 2006.


Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia termasuk syarat kelayakan, semakan keputusan dan bidang yang ditaja:


Senarai Bidang Yang Ditaja

Berikut dikongsikan Senarai Bidang Yang Ditaja oleh Yayasan Bursa Malaysia:

- Akaun

- Kewangan

- Ekonomi

- Pentadbiran perniagaan

- Undang-undang

- Kelestarian (Sustainability)


Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia adalah seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia berumur 22 tahun ke bawah pada tarikh permohonan.

2. Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan.

3. Layak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam terpilih.

4. Kelayakan pengajian:

– STPM minimum 2A dan 2B

– A-Level minimum 2A dan 2B; atau

– Matrikulasi dengan CGPA 3.50 ke atas; dan

– MUET sekurang-kurangnya band 4

– Kredit Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau O-Level

5. Aktif di dalam ko-kurikulum atau sukan serta berdaya kepimpinan.

6. Berpewatakan yang menarik.


Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://www.bursamalaysia.com/sites/5d809dcf39fba22790cad230/assets/66bc8bcfe6414a98f6afab88/Scholarship_2024_Application_Form.docx

2. Muat turun borang permohonan tersebut.

3. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan yang diperlukan dengan lengkap.

4. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat emel scholarships@bursamalaysia.com atau ke alamat berikut:

Bursa Malaysia Berhad, Yayasan Bursa Malaysia

11th Floor, Exchange Square,

Bukit Kewangan,

50200 Kuala Lumpur.

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024 Online

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2024

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Yayasan Bursa Malaysia tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia, sila hubungi kepada Cik Syazlin di talian 03 - 2034 7409.

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.