Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah (SPPNK) 2024 Online

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah (SPPNK) 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan SPPNK tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan SPPNK ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK Sesi Pengajian 2024/2025. Berikut dikongsikan Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah (SPPNK) 2024 Online

Sedia maklum, SPPNK diwujudkan dan ditadbir urus berdasarkan Surat Ikatan Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang diluluskan oleh Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman pada 29 Januari 2020 di bawah Seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61). Sejak kewujudan organisasi ini, SPPNK telah menawarkan pinjaman pelajaran kepada hampir 11,000 orang Anak Negeri Kedah. Fungsi utama SPPNK adalah menyalurkan sumbangan kepada Anak Kedah yang berkelayakan untuk Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT), menawarkan pinjaman pendidikan kepada Anak Kedah yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dalam negara secara sepenuh masa serta menyalurkan bantuan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) untuk Anak Kedah yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Kedah Darul Aman.


Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah (SPPNK) 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SPPNK termasuk syarat kelayakan dan kadar pembiayaan:


Tarikh Penting Permohonan SPPNK 2024

◾Tarikh Permohonan: 11 Ogos 2024 (Ahad) sehingga 15 September 2024 (Ahad)

◾Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam


Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

🔷Sijil: RM2,500.00 setahun

🔷Diploma: RM4,500.00 setahun

🔷Diploma (UniSHAMS): RM12,000.00 setahun

🔷Ijazah Sarjana Muda (IPTA/IPTS lain): RM6,500.00 setahun

🔷Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM14,000.00 setahun


Syarat Kelayakan Permohonan SPPNK 2024

Antara syarat kelayakan permohonan SPPNK adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta Warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin serta menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.

2. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pertama secara Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta pemohon telah membuat pengesahan pengajian.

3. Terbuka untuk pelajar kemasukan baharu Semester 1 dan Semester 2 Tahun Pertama Sesi Pengajian Tahun 2024/2025 sahaja.

4. Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.

5. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana Agensi.

6. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/STPM/STAM/Asasi/Matrikulasi/Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)/Ijazah Sarjana (Master)/PhD adalah tidak layak memohon.

7. Pelajar Institut Pendidikan Guru/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tidak layak memohon.


Cara Permohonan SPPNK 2024 Online 

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam.

2. Klik pada butang "Daftar Pengguna Baru".

3. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan yang diperlukan dengan lengkap.

4. Setelah siap permohonan diisi, login semula akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.

5. Klik pada butang "MASUK".

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah (SPPNK) 2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah, sila hubungi di talian Hotline 04 - 702 7296/ 04 - 702 7291 atau emelkan ke alamat sppnk@kedah.gov.my

Unit Penajaan SPPNK

Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman

Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Semoga perkongsian Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah SPPNK tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.