Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif)

Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Program Bacelor UPM bagi tahun 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian bagi individu yang tidak mendapat tawaran kemasukan ke universiti melalui UPUOnline, Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka tawaran bagi Program Bacelor di universiti tersebut bagi tahun 2024/2025 melalui Saluran Inklusif. Berikut dikongsikan Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif)

Sedia maklum, Saluran Inklusif merupakan satu saluran yang memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPUOnline untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan.


Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program Bacelor UPM beserta syarat kemasukan dan program & yuran pengajian:


Tempoh Permohonan Program Bacelor UPM 

◾Fasa 1: 26 Jun 2024 sehingga 8 September 2024 (program bertemuduga & program tanpa temuduga)

◾Fasa 2: 9 sehingga 30 September 2024 (program tanpa temuduga sahaja)


Syarat Kemasukan Program Bacelor UPM 

Syarat kemasukan ke Program Bacelor UPM ini adalah seperti berikut:

1. Lulus SPM dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah.

2. Lulus Peperiksaan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ GCE A Level/ International Baccalaureate (IB)/Australian Matriculation (AUSMAT)/APEL T-6 atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

3. Memenuhi syarat minimum program dan tahap MUET/ TOEFL/ IELTS yang ditetapkan oleh Fakulti.


Program & Yuran Pengajian

Program dan yuran pengajian yang ditawarkan adalah seperti dibawah:

KLIK 👉 Senarai Program & Yuran Pengajian 


Cara Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online 

1. Permohonan Program Bacelor UPM boleh dibuat secara online menerusi pautan di http://intake.upm.edu.my/alternatif/.

2. Bagi pemohon baru, anda perlu klik pada daftar pemohon baharu dan isikan butiran permohonan yang diminta dengan lengkap.

3. Kemudian, muat turun borang permohonan dalam Bahagian "Pengesahan Penghantaran Borang Aplikasi Atas Talian" sebagai bukti permohonan telah dihantar.

4. Borang permohonan, bukti pembayaran dan dokumen sokongan yang lengkap perlu diemelkan ke alamat akd.alternatif_doc@upm.edu.my.

Permohonan Program Bacelor UPM 2024/2025 Online (Saluran Inklusif)


Dokumen Sokongan Yang Diperlukan 

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma dan setaraf)

- Keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Kertas Julai (Bahasa Melayu, dan lain-lain) (jika ada)

- Slip keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)

- Salinan sijil beranak dan kad pengenalan calon

- Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga

- Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu/bapa/penjaga/penyata KWSP/borang EA/Penyata Bank ibu dan bapa

- Gambar berukuran pasport (latar belakang biru)

- Lain-lain dokumen yang dirasakan berkaitan


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPM melalui Saluran inklusif, sila hubungi UPM Education & Training di talian 03-8959 3404/3405 dan 03-9769 6081/019-429 0348 (WhatsApp)

UNIT AKADEMIK

UPM EDUCATION & TRAINING

BLOK D, UPM-MTDC TECHNOLOGY CENTRE (TIC 1)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG

SELANGOR DARUL EHSAN.

No. Tel: +603 8959 3404 / 3405

No. WhatsApp: 03 - 9769 6081 / 019 - 429 0348

Laman Web: https://akademik.upm.edu.my

Semoga perkongsian Permohonan Program Bacelor UPM ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.