Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025 Online (Lepasan SPM/Setaraf)

Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025 Online (Lepasan SPM/Setaraf)|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Asasi di UITM? Panduan buat anda Lepasan SPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Diploma dan Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sesi 2 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan UITM  Sesi 2 2024/2025 boleh dibuat secara online mulai 26 Ogos 2024 (Hari Isnin) jam 12:00 tengahari sehingga tarikh tutup 25 Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi UITM. Berikut dikongsikan Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025 Online (Lepasan SPM/Setaraf)

Sedia maklum, terdapat 72 program diploma yang ditawarkan di UITM kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam terkenal di Malaysia yang menyediakan program pengajian tinggi bermula dari Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK). Pastikan pemohon membeli Nombor Pin UITM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara atas talian (online).


Permohonan UiTM Sesi 2 2024/2025 Online (Lepasan SPM/Setaraf)

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan UITM beserta syarat kemasukan dan program pengajian:

Tarikh Penting Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025

◾Tarikh Permohonan: 26 Ogos 2024 (Hari Isnin) jam 12:00 tengahari sehingga 25 Oktober 2024
◾Aplikasi Permohonan:

Syarat Kemasukan UITM Sesi 2 2024/2025

Antara Syarat Kemasukan UITM Sesi 2 tahun 2024/2025 adalah seperti berikut:-

1. Permohonan hanya terbuka kepada CALON LEPASAN SPM SAHAJA.

2. Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.

3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon.

4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.

5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon.

6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.

7. Permohonan anda akan terbatal sekiranya anda didapati memberikan maklumat salah/tidak benar/memanipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:
- Kewarganegaraan Malaysia
- Status Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung
- Kelayakan/keputusan peperiksaan SPM 

8. Sila pastikan anda membuat cetakan dan menyimpan borang permohonan anda sebagai rujukan.

9. Hebahan panggilan temu duga (PROGRAM BERTEMU DUGA SAHAJA) dan keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui online.uitm.edu.my


Cara Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025 Online

1. Pastikan pemohon membeli Nombor Pin UITM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online.

2. Pemohon boleh layari Portal Rasmi UITM secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.uitm.edu.my/spm/

3. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Slip BSN pada ruangan yang disediakan. Klik pada butang "Masuk".

4. Sekiranya program pilihan anda tidak ada di dalam senarai pemilihan program, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar.

5. Sila tekan butang HANTAR setelah selesai mengisi Borang Permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang HANTAR tidak ditekan, permohonan anda tidak diterima.

6. Anda hanya dibenarkan mengemaskini maklumat anda sebanyak 10 kali sahaja. Bagi menyemak dan mencetak borang permohonan anda, sila KLIK DI SINI.

7. Syarat-syarat minimum kelayakan, sila klik SYARAT KEMASUKAN.

Info Penting:

*Pastikan membeli No Pin UITM yang betul mengikut lepasan

*No Pin mula dijual bermula 26/08/2024 sehingga 25/10/2024

*Pembelian No Pin boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN - No Pin UiTM: Program 1 (RM 10.00)

Permohonan UITM Sesi 2 2024/2025 Online (Lepasan SPM/Setaraf)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

✅ Asasi Undang-Undang UITM

- Lepasan SPM Tahun 2023

✅ 72 Program Diploma

- Lepasan SPM

- Program-program Diploma dibawah Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi (TIDAK DITAWARKAN BAGI FASA 2)

✅ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243)

- Lepasan SPM


Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Pra Diploma UITM 


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UITM, sila hubungi di talian Bahagian Pengambilan Pelajar dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat hari bekerja sahaja)

Bahagian Pengambilan Pelajar

Kompleks Antarabangsa

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam

Selangor

Unit Diploma & Pra Diploma: 03 - 5544 3194/ 3196/ 3166

Emel: pengambilan.diploma@uitm.edu.my

Laman Web: online.uitm.edu.my

Selamat membuat Permohonan UiTM ambilan tahun 2024/2025. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UITM!

No comments

Powered by Blogger.