Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online (Fasa 2)

Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat para pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Pra Diploma UiTM ambilan Oktober tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan Pra Diploma UiTM 2024 (Fasa 2) boleh dibuat secara online mulai 11 September 2024 (Hari Rabu) jam 12:00 tengahari menerusi Portal Rasmi UiTM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online (Fasa 2)

Sedia maklum, Program Pra-Diploma merupakan initiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar Lepasan SPM yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam (UA) iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma. Program ini juga adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar. Selepas tamat menjalani program Pra Diploma ini, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.

Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM (Fasa 2) Secara Online:

Tarikh Penting Keputusan Pra Diploma UITM 2024

◾Tarikh Semakan: 11 September 2024 (Hari Rabu) jam 12:00 tengahari
◾Aplikasi Semakan: 

Senarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan di Pra Diploma UiTM:

- Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
- Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
- Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
- Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
- Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online (Fasa 2)

1. Hebahan Keputusan Program Pra Diploma Fasa 2 boleh disemak mulai 11 September 2024 jam 12:00 tengahari menerusi pautan di https://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm

2. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik pada butang "Semak".

3. Klik setuju terima tawaran dan pendaftaran Pelajar secara online melalui Portal i-Student adalah bermula 11 hingga 28 September 2024.

🔷 KLIK SETUJU TERIMA: 11 - 28 September 2024
🔷 PENDAFTARAN ONLINE: 11 - 28 September 2024

Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM 2024/2025 Online (Fasa 2)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pra Diploma UiTM, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel di alamat pptshahalam@uitm.edu.my

No. Tel: 03 5521 1306/1416/1444/1448/1449
FB Rasmi : ppptuitm
Tik Tok : @ppptuitm
Laman Web Rasmi : pppt.uitm.edu.my
Emel: pptshahalam@uitm.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Pra Diploma UiTM!

No comments

Powered by Blogger.